Kesilapan Kritikal Yang Dibuat Oleh Graduan Ketika Menulis Emel Mohon Kerja

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Nota Editor: Tips ini dikongsikan Ir Meor Shamshir di ruangan Facebooknya tentang kesilapan pada emel yang ditulis oleh graduan yang mahu memohon pekerjaan di syarikatnya.

Kami kongsikan di sini. Semoga ia boleh dijadikan rujukan kepada kita semua.


Kesilapan #1 – Tidak Menulis Subjek Emel

Ini merupakan kesilapan yang kerap dibuat oleh graduan yang memohon pekerjaan dengan emel.

Apabila anda tidak menulis subjek emel, bakal majikan tidak tahu apa tujuan emel itu ditulis. Jadi terpaksa membuka emel tersebut dahulu untuk mengetahui isi kandungan emel.

Mereka mempunyai banyak benda yang mahu diuruskan. Maka, permudahkan urusan mereka.

Kesilapan kritikal graduan ketika tulis emel mohon kerja yang perlu dielakkan.

Ketika menulis emel kepada bakal majikan pastikan anda menulis subjek emel dengan jelas. Ia akan memudahkan emel anda dibaca oleh bakal majikan.

Bantu dan mudahkan mereka. Insyaallah peluang anda akan lebih cerah.

Kesilapan #2 – Menulis Di Ruang Subjek Emel Sahaja

Ini juga salah satu kesilapan yang perlu dielakkan. Jangan menulis di ruang subjek emel sahaja. Ia membuatkan anda nampak kurang bijak dan tidak profesional.

Gunakan ruangan subjek untuk bagi menarik minat bakal majikan membuka emel anda dan tulis butiran lain di ruangan body emel.

Apa subjek emel ini? Mudahkan urusan bakal majikan.

Kesilapan #3 – Subjek Emel & Body Tidak Lengkap

Menulis subjek emel sahaja tidak cukup. Mudahkan lagi kerja bakal majikan anda dengan menulis subjek dan body yang deskriptif.

Ingat mudahkan bakal majikan anda ketika ingin membaca emel yang anda tulis.

Graduan tidak menulis subjek dan body emel dengan lengkap.

Kesilapan #4 – Menulis Dengan Bahasa Kontot (SMS)

Jangan sesekali menulis emel kepada bakal majikan anda menggunakan bahasa kontot (sms). Ia menyebabkan emel anda sukar untuk dibaca.

Bahasa sms menyebabkan majikan terpaksa mengambil masa yang lama untuk membaca emel anda. Ia tidak memberi impresi yang baik terhadap bakal majikan.

Contoh Emel Yang Lebih Baik

Berikut disertakan beberapa contoh emel yang lebih baik. Anda boleh tiruvasi dan buat versi yang lebih baik lagi.

Contoh 01

Subjek emel ditulis jelas. Emel ini adalah untuk memohon kerja untuk jawatan jurutera muda. Ada ditulis juga sedikit pengenalan diri dari pemohon.

Ada subjek subjek emel dan penerangan dalam body emel.

Contoh 02

Subjek emel ditulis jelas. Emel ini adalah untuk memohon kerja untuk jawatan jurutera muda. Sekali lagi penerangan ditulis di ruang body emel. Walaupun tiada penerangan yang lengkap, bakal majikan faham tujuan emel ini ditulis.

Ada subjek dan body emel yang ringkas.

Penutup – Apa Kata Anda?

Sekarang anda sudah pun mengetahui kesilapan yang perlu dielakkan ketika menulis emel mohon pekerjaan kepada bakal majikan anda. Semoga anda berjaya mendapatkan kerjaya idaman anda.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda. Semoga mereka juga mendapat manfaat dari artikel ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE