Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Ketahui Bagaimana Pelajar Universiti Ini Raih Pendapatan Sehingga Belasan Ribu Ringgit Sebulan

Ramai pelajar universiti bergantung kepada ibu bapa sebagai sumber kewangan untuk biaya semasa di kampus. Jika mak ayah mampu, anak tidak akan membuat sebarang pinjaman pelajaran tetapi kalau biasa-biasa, ramai yang bergantung kepada pinjaman PTPTN yang menjadi keluhan sebaik tamat belajar.

Masa dapat duit, ramai yang seronok. Beli macam-macam tetapi bila perlu bayar semula, ramai yang mengeluh kerana tak mampu.

Sebenarnya, tak perlu pun bergantung kepada pinjaman kalau bijak membuat keputusan dalam hidup. Inilah cuba dikongsikan seorang pelajar universiti tempatan bagaimana pada usianya 21 tahun, dia sudah ada lima akaun berbeza termasuk simpanan tetap.

Apa yang dijualnya? Bagaimana dia boleh untung ribu-ribu setiap bulan? Baca bagaimana Muhammad Akmal Zakir Husein membina rangkaian dengan pelajar universiti lain di seluruh negara dengan satu produk sahaja.

Kalau pelajar lain menganggap bawa kereta Myvi atau Viva sudah cukup, kata Akmal, dengan bisnes diceburinya, dia mampu membayar bulanannya. Tapi dia ada misi lebih dari itu, mahu kereta yang hebat pada usia mudanya. Bukan untuk bergaya tetapi untuk kemudahan perjalanannya ke seluruh pelusuk negara.

Kata Akmal, zaman belajar bukan setakat genggam ijazah, tapi zaman buat duit! Ini pandangan pelajar tahun dua Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.

Mungkin pandangannya tak sama dengan pelajar universiti lain tapi baca dengan teliti apa yang dia cuba sampaikan. Banyak betul dari kata-katanya cuma kebanyakan pelajar universiti tidak bersikap positif dan masih memikirkan genggam segulung ijazah itu lagi penting.

Akmal bukan saja bijak mencari duit malah bijak juga belajar kerana dia baru saja menerima Anugerah Dekan dalam satu majlis di universiti baru-baru ini.

“Saya hanya dua beradik saja. Mak ayah saya bekerja sebagai guru. Saya tak ambil apa-apa pun pinjaman pelajaran. Ikutkan, saya sudah selesa dengan sejumlah itu, tapi saya ada pandangan lebih jauh tentang kehidupan,’ katanya memulakan bicara.

Kata Akmal, kalau pelajar berusaha, mereka pasti menggenggam segulung ijazah. Ketika majlis konvokesyen, kita tersenyum riang kerana penat lelah nampak hasilnya. Tapi itu realiti zaman belajar, bagaimana selepas itu? Soalnya.

Sebagai seorang yang sangat positif, kata Akmal, selepas dua minggu pendaftaran di universiti, dia sudah tahu apa dia patut lakukan.

“Saya pergi ke Nilai Properties Realty Sdn Bhd. Saya nyatakan minat saya dan alhamdulillah saya diterima menjadi agen jualan. Bila masuk bidang jualan hartanah, kebanyakan pelanggan saya berusia 40 tahun ke atas. Mereka mahu beli rumah bernilai RM450,000 sebagai mana harga pasaran hari ini. Tapi komitmen lain yang banyak membuatkan puluhan client tak lepas mendapat pinjaman bank.

“Dari sini saya terfikir, kalau gaji RM8000 pun tak lepas beli rumah, saya yang sedang belajar dan bakal graduate perlu gaji berapa pula untuk beli rumah?. Inilah realiti ramai pelajar tak nampak. Mereka tahu tapi sengaja buat tak ambil kisah kerana anggap masa belajar perlu belajar bersungguh-sungguh.

“Saya boleh grade, ramai boleh grade. Tapi apa kami dapat selepas kehidupan dunia belajar. Bagi saya, persediaan awal ini penting. Sebab itu, saya banyak bergaul dengan tokoh-tokoh korporat untuk belajar bagaimana mereka yang bergaji besar pun sanggup menjual produk ini,’ katanya memaklumkan, bila bergaul dengan orang positif, fikiran juga akan jadi positif.

Apa bisnes yang Akmal ceburi? Pada usianya, dia jadi agen hartanah. Komisen juga lebat, belas ribu pernah masuk. Dia juga menjual sistem dalam dunia teknologi, Comscoms kepada mana-mana individu yang mahu perkhidmatan tersebut.

Akmal juga menjaga 20 ruang pejabat yang mana dia diberi kepercayaan menguruskannya. Tengok bagaimana dia merencana kehidupannya. Dan akhir sekali dia terlibat dalam bisnes direct selling, Amway dengan hanya menjual ubat gigi sahaja. Ada lagi produk lain tetapi ubat gigi paling mudah dijual kerana clientnya pelajar universiti. Lagipun ubat gigi menjadi kegunaan harian dan produk ini wajib ada bagi setiap orang.

Kata Akmal, buat apa mereka bazirkan RM10 sebulan beli ubat gigi lain kalau produk dijualnya boleh tahan untuk setahun dengan harga RM29.00 sahaja. sudah jauh lebih menjimatkan untuk para pelajar.

“Saya jual produk yang orang mampu, pakai hari-hari dan paling penting jimat. Itu paling utama sebab pelajar tidak punya wang banyak seperti orang bekerja,”katanya ketika ditemui di universiti tempatnya belajar.

Disebabkan bisnes minded, jualannnya kencang dan ramai pelajar universiti luar berada di bawah rangkaian dibinanya.

Tahu pelajar tak punya duit banyak mana, kata Akmal, dia keluarkan dulu duitnya sebagai modal permulaan. Dia topkan dan bila mereka dah berjaya, dia dapat balik modal pusingan tersebut.

Dengan duit itu juga, Akmal bantu pelajar lain pula yang ingin terlibat dalam perniagaan ini tetapi tak ada duit atau modal pusingan.

Tengok bagaimana dia membina rangkaian bisnesnya. Tak hairanlah dia ada lima akaun termasuk simpanan yang memang tak diusik langsung.

Suka memandang kehidupan dari sudut lebih jauh, kata Akmal, mak ayahnya memang tak setuju pun dia buat sebelum ini. Kata mereka, belajar lebih penting, sinikal sama seperti pandangan orang lain. Tapi kata Akmal, dia lebih tahu apa yang dia impikan.

Dalam diam, kata Akmal dia buat sungguh-sungguh. Untuk tempoh dua bulan pertama buat bisnes, sudah nampak kejayaannya. Bila tengok dia boleh berjaya baik dalam pelajaran mahupun bisnes, mak ayahnya beri restu. Lebih best, kedua-duanya turut berdaftar sebagai wakil jualan dan peroleh komisen dari usahanya.

“Kita harus ada impian yang lebih besar dalam hidup. Saya juga begitu. Saya mengkaji bagaimana orang kaya boleh berjaya. Biasanya kekayaan timbul kerana mereka bijak merancang. Orang kaya membina rangkaian dan rangkaian itulah digunakan oleh orang biasa-biasa seperti kita. Saya juga sedang memikirkan masa depan saya untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Semoga Allah beri peluang itu untuknya.

Tinggal dan bekerja di luar negara adalah impiannya pada masa akan datang

Seperti mana katanya, hidup perlu positif. Berkawan juga mesti dengan orang positif. Peluang memang banyak cuma mahu rebut atau tidak. Sebab itulah, kata Akmal, dia tidak boleh memaksa kawan-kawan mengikut jejaknya.

“Siapa yang nampak boleh tahu dan ikut. Saya lebih pentingkan kehidupan selepas habis belajar. Ini peluang yang harus kita ambil dan rebut. Jangan kata bangsa lain berjaya kerana mereka tahu buat bisnes tetapi bangsa Melayu juga bijak jika tahu ambil peluang itu,” katanya.

Lepas baca kisah Akmal ini, harap-harap ada ramai pelajar universiti yang positif sepertinya.

Sumber – Remaja

TONTON VIDEO PENUH PANDANGAN PELAJAR INI.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad