Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Kisah Saya dan Kakak Cleaner

Semasa mengemas bilik untuk berpindah pejabat, banyak buku/draf tesis/surat lama yang tidak diperlukan lagi. Sudah disimpan sejak hampir 10 tahun yang lalu kerana sayang untuk dibuang…tetapi ada masanya kita kena dengar cakap orang-orang tua. Kalau kita sayangkan sesuatu…ada masanya adalah lebih baik kita berikan kepada orang lain. Atas dasar menghormati orang tua (hee hee)…saya bergegas terus mencari seorang kakak cleaner yang setia membersihkan kawasan sekitaran pejabat saya sejak bertahun dahulu.

Kira-kira 45 minit kemudiannya…Di dalam bilik, saya mengemas, sambil kakak itu mengumpul kertas yang tidak diperlukan lagi, dimasukkan satu persatu ke dalam plastik sampah. Di asingkan mengikut warna dan kualiti.

Diam seketika….tiba-tiba dia bersuara semula…

Sambil terus mengemas, kami meneruskan perbualan..pelbagai tajuk. Tentang kesukaran hidup apabila kos sara hidup semakin meningkat, tentang harga kertas yang dijual semula, ada beza harganya mengikut warna rupanya (patutlah dia asingkan kertas tu tadi mengikut warna…canggih), harga botol air mineral yang dijual semula….dan macam-macam lagi. Murah gila rupanya semua tu bila di jual pada orang tengah. Tak berbaloi rasanya. Banyak yang saya belajar tentang hidup dari kakak yang seorang ni…yang tiada dalam buku….

Dunia akademik…dunia penuh dengan timbunan kertas. Mungkin suatu hari nanti, jangan terkejut kalau terbaca berita mengenai guru/pensyarah yang cedera dihempap buku/tesis

Sebaik sahaja selesai mengumpulkan semua kertas dan saya anggarkan ada  7 atau 8 beg plastik besar…yang harganya kalau dijual..ntahlah..mungkin hanya beberapa ringgit sahaja…

Selesai semua, saya memberikan sekeping duit RM50 kepadanya. Walaupun ditolak berkali-kali tapi akhirnya dia mengalah juga…

Perbualan ringkas tak sampai hampir 30 minit itu, menyebabkan saya mula berfikir semula tentang nilai duit. RM10 itu sebenarnya amat besar nilainya. RM5 itu juga besar nilainya. RM2 itu juga amat bernilai. Pendek kata….bila kita sudah mula rasa selesa dengan hidup, walaupun bukan kaya…kita perlu menghargai keselesaan yang dipinjamkan olehNya itu. JANGAN MEMBAZIR…!!!! (Ingatan untuk diri sendiri juga…jangan asyik sibuk nak membeli gadget2 yang tidak diperlukan sangat, jangan sibuk nak ke LEGOLAND pagi petang siang malam, jangan sibuk nak beli handbag berharga ratusan (atau ribuan) ringgit…lebih baik disimpan untuk hari tua atau disedekahlan kepada yang lebih memerlukannya). Kalau kita rasa kita susah, ada orang yang lagi susah. Kalau kita rasa kita kaya…sudah pasti ada orang yang jauh lebih kaya. Maka…bersyukurlah dengan kesihatan, kegembiraan, kasih-sayang, ketenangan yang kita sedia miliki…itu jauh lebih bernilai dari wang ringgit yang dipinjamkan seketika cuma….

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad