Permohonan UPU Ke Institute Pengajian Tinggi Awam/Universiti Awam Institut Latihan Kemahiran Awam Dan Politeknik Sesi 2017/2018 Online.
Berikut adalah panduan penting mengenai Permohonan UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2017/2018. Borang Permohonan UPU 2017/ 2018 turut dibuka kepada kemasukan ke Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2017.
Permohonan UPU 2017 Online
Sistem Permohonan UPU 2017/ 2018 Online IPTA ILKA Dan Politeknik dibuka pada tarikh yang sama dengan tarikh pembelian PIN Unik ID BSN. Kebiasaannya pada bulan Jun/Julai adalah sesi kemasukan ke program asasi/diploma/sijil bagi lepasan SPM yang mana proses permohonan bermula seawal Februari (pembelian no pin) dan akan ditutup 2 – 3 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.
Jurusan Sains
Penentuan jurusan sains ialah pemohon mengambil mana-mana EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau mata pelajaran berikut; Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan/ Pengurusan Makanan
Jurusan Sastera
Pemohon yang tidak memenuhi komponen Jurusan Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.
BACA: Punca Kenapa Permohonan UPU Gagal
Syarat permohonan kemasukan ke IPTA
1. Syarat kemasukan bagi Program Lepasan SPM/Setaraf
- Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP dan My Kad sahaja
- Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan Permohonan Kemasukan ke UA dan Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
- Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja (UiTM; Asasi UIAM, Asasi Sains UM, Asasi UNIMAS dan Asasi UMS)
- Program pengajian Asasi Pengajian Islam UM, Asasi dan Diploma UPM dan UPNM, Tahmidi USIM, Asasi UKM, UUM dan Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
2. Syarat kemasukan bagi Program Lepasan STPM/Setaraf
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
- Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
- Pemohon mestilah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai juga diambil kira.
- STPM : Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am,dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi ; atau
- STAM : Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM ; atau
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
- Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.
Permohonan Fasa Kedua UPU 2017
Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM yang tidak memohon Fasa 1, tidak akan dipertimbangkan ke UA. Tempoh untuk permohonan Fasa 2 bagi pemohon Matrikulasi/ Asasi dibuka pada jam 12.00 tengah hari 12 Jun 2017 hingga 22 Jun 2017, jam 11.59 Malam.
Pemohon mesti mengisi permohonan Fasa 1 untuk membolehkan mengemas kini permohonan Fasa 2.
Pemohon yang memohon program bertemu duga semasa Fasa 1 tidak dibenarkan mengemas kini pilihan program tersebut semasa Fasa 2.
Maklumat yang boleh dikemas kini semasa Fasa 2 adalah seperti berikut :-
- a) Pilihan Program (bukan program bertemu duga)
- b) Alamat yang boleh dihubungi
- c) Alamat e-mel
- d) Nombor telefon yang boleh dihubungi
Cara Menghubungi UPU
Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) http://upu.moe.gov.my/web/. Juga di INSTAGRAM @kemasukanbpkp dan Laman Twitter @twt_upu
Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. No hotline baru UPU di 03-8870 8200.
One Response