Punca Kenapa Permohonan UPU Gagal

Artikel ini ditulis bagi membantu para pelajar lepasan SPM, STPM dan setaraf mempersiapkan diri mereka bagi memohon UPU. Walaupun seseorang pelajar itu memperoleh keputusan SPM yang cemerlang, ianya tidak bermakna mereka terkecuali daripada kegagalan permohonan UPU. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan para pelajar ketika melakukan permohonan UPU ini agar bagi memenuhi syarat-syarat yang tetapkan untuk setiap kursus. Persediaan awal harus dilakukan para pelajar yang berhasrat untuk melakukan permohonan bagi memastikan permohonan mengikut syarat dan kriteria tersebut.

Punca Kenapa Permohonan UPU Anda Gagal

Memilih Kursus Yang Pengajian Popular 

Jika anda berhasrat untuk memohon kursus yang popular, anda perlu ingat akan risiko tinggi yang perlu anda tanggung kerana sudah pasti kursus menjadi pilihan kegemaran pelajar lain. Ini akan menyebabkan anda terpaksa bersaing dengan pemohon lain yang berkemungkinan mempunyai kelayakan lebih baik daripada anda. Selalunya program pengajian popular seperti program undang-undang, perniagaan, perubatan dan kejuruteraan menjadi pilihan utama pemohon tetapi malangnya kuota pengambilan untuk program seperti ini agak terhad jika dibandingkan dengan jumlah pelajar yang memohon.

Dalam situasi yang lain, sekiranya dalam permohonan, anda bersetuju untuk ditawarkan program berkaitan yang lain sekiranya tidak terpilih dalam 8 pilihan program (bagi pemohon lepasan STPM (setaraf)) dan 12 program (bagi lepasan SPM (setaraf)) tersebut, namun persoalannya kenapa anda masih gagal sedangkan keputusan anda lebih baik berbanding pemohon yang lain, misalnya rakan anda. Ini kerana, selepas permohonan ditutup pihak UPU akan menilai mengikut pemarkahan merit berdasarkan pilihan pertama sehingga pilihan ke lapan. Anda pula tidak menyenaraikan program lain selain program yang anda minati sahaja. Oleh itu, sudah tentu pemohon lain yang memohon program tersebut yang berjaya terlebih dahulu walaupun markah meritnya lebih rendah. Jadi anda terpaksalah membuat semula permohonan melalui e-rayuan.

Gagal dalam Temuduga

Sesetengah program memerlukan pemohon menghadiri temuduga misalnya program TESL atau Komunikasi dan Pengajian Media. Jadi, anda perlu lulus temuduga berkenaan. Sekiranya anda gagal dalam temuduga itu secara automatiknya permohonan anda juga gagal. Oleh itu, pastikan anda benar-benar fokus dan tonjolkan personaliti yang positif ketika hadir ke temu duga seterusnya dapat yakinkan penemuduga bahawa anda layak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang itu. Sebagai pemohon, anda perlu menitik berat soal ini ketika memohon sesuatu program supaya anda lebih bersedia dalam membuat keputusan memohon UPU ini.

Tidak Menepati Syarat Khusus Program yang Dipohon

Syarat am untuk kemasukan ke IPTA, anda wajib mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Sekiranya tidak memenuhi syarat am ini, anda tidak akan layak untuk memasuki mana-mana institut pengajian tinggi awam .Walau bagaimanapun, anda masih berpeluang untuk masuk ke program kemahiran seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan banyak lagi . Tahukah anda, graduan lepasan pengajian kemahiran adalah graduan paling mudah diterima dalam sektor pekerjaan.

 BACA: Permohonan Kemasukan UPU Ke IPTA Sesi 2017/ 2018 Serta Panduan

12 Tips mohon UPU Online

Cara Menghubungi UPU

Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) http://upu.moe.gov.my/web/. Juga di INSTAGRAM @kemasukanbpkp dan Laman Twitter @twt_upu

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. No hotline baru UPU di 03-8870 8200.

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

connect with UiTM students from all over the world.

Made With

Passion.

Contact Us

For any enquiries 

We’re currently in look of a few new content writers – If you’re a passionate worker and think you have what it takes, send your work to writers@madeinuitm.com

Copyright © 2019 Made In UITM. All Rights Reserved | Powered by Nickel & Dime