UiTM hulur sumbangan kepada bapa pelajar maut ditanduk kerbau

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

UiTM hulur sumbangan kepada bapa pelajar maut ditanduk kerbau

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA ( UiTM) kelmarin menyumbangkan RM11,236 kepada seorang pelajar yang bapanya maut ditanduk seekor kerbau dalam kejadian di Kampung Paya Tambang, Songsang, Temerloh, Pahang pada Rabu lepas.

Sumbangan hasil derma kilat warga universiti itu disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said kepada Nurzulaikha Bazarudin, 19, yang merupakan pelajar semester dua jurusan Asasi UndangUndang, Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil, dalam satu majlis ringkas, di sini.

Hassan berkata sumbangan tersebut adalah sebagai sokongan bagi membantu Nurzulaikha meneruskan pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda.

“Saya mewakili seluruh warga UiTM amat sedih mendengar berita yang menimpa Nurzulaikha dan mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarganya atas tragedi berkenaan.

“Kita ada beberapa jenis bantuan yang boleh dipohon mana- mana pelajar untuk meneruskan pengajian termasuk wang zakat. Kesusahan hidup bukan alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran kerana setiap pelajar UiTM akan diberi bantuan sekiranya layak,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Nurzulaikha yang berterima kasih dengan sumbangan itu menyatakan beliau sedikit terkilan apabila tidak pulang ke Temerloh semasa cuti sambutan perayaan Krismas lalu kerana kali terakhir berjumpa ayahnya adalah pada cuti semester November lepas.

“Saya dapat tahu pasal tragedi itu melalui aplikasi WhatsApp daripada pakcik pada malam kejadian dan beliau yang dari Putrajaya terus ambil saya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

“Masa cuti semester itu memang saya ada minta duit daripada ayah untuk buat bayar yuran pengajian dan ayah pun ada bagitahu nak jual kerbau untuk tujuan itu tapi bila tangkap, asyik terlepas. Tak sangka pula kejadian sedemikian menimpa beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Pusat Asasi berkenaan, Zaidi Yaacob berkata pelajar terbabit merupakan penerima elaun Kementerian Pendidikan Tinggi kerana tergolong dalam keluarga kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Beliau berkata Nurzulaikha menerima elaun sebanyak RM1,960 setiap semester yang mana kira-kira RM900 akan dipotong secara automatik untuk yuran pengajian serta yuran asrama sekiranya belum dijelaskan dan selebihnya adalah bagi perbelanjaan keperluan lain.

Dalam tragedi pada 27 Dis lepas itu, Bazarudin Yeop Yahya, 59, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan maut ditanduk seekor kerbau peliharaannya ketika mahu menaikkan haiwan tersebut ke atas lori untuk dijual bagi menampung perbelanjaan pendidikan anaknya. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE