Daripada Seorang Gelandangan hingga Menjadi Naib Canselor Asing Pertama di Sebuah Universiti India

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Daripada Seorang Gelandangan hingga Menjadi Naib Canselor Asing Pertama di Sebuah Universiti India

Daripada seorang gelandang, dipaksa menjadi gangster, sehinggalah menjadi Naib Canselor (VC) Asing pertama di Sebuah Universiti di India.

Kisah perjalanan hidup mantan VC Universiti Teknologi Mara, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang menjadi aspirasi ramai rakyat Malaysia terutamanya para pelajar UiTM, kini mendapat perhatian akhbar-akhbar tempatan setelah beliau dilantik menjadi VC di BS Abdur University di Chennai.

Perlantikan ini menjadikan beliau sebagai individu asing pertama yang menjadi VC di sebuah university di India. Syabas Ayahanda!

Dato' Sri Sahol Hamid
Keratan The New Indian Express

Kisah ini ditulis oleh Blessy Matthew Prasad dan diterbitkan oleh The New Indian Express.

“The Godfather who became a Vice Chancelor”

Sedang saya berjalan ke dalam BS Abdur Rahman University, cuba untuk mencari jalan ke pejabat VC, saya mendengar seseorang menyapa ‘selamat pagi’, dalam nada suara yang gagah. Saya tersenyum dan memberi salam kepadanya, lalu saya terus berjalan. Saya tertanya-tanya mengapa orang asing ini peduli untuk menyambut saya. Beberapa minit kemudian, ketika saya sedang menunggu di ruangan menyambut tetamu, seorang pembantu memberitahu saya bahawa Naib Canselor baru sudah bersedia untuk ditemubual. Menjangkakan bahawa saya akan disambut oleh seseorang yang kelihatan seperti ahli akademik, saya berjalan menuju orang yang sama yang memberi salam kepada saya sebentar tadi, dia hanya tersenyum memandang saya.

Walaupun hanya beberapa hari menyandang jawatan sebagai VC di universiti yang berpangkalan di Chennai itu, Dr Sahol Hamid Abu Bakar sudah berjaya membawa aura perubahan dipersekitaran universiti tersebut. Selalunya pelajar akan berasa sangat takut apabila berjumpa dengan orang yang duduk di kerusi itu (kerusi VC). “Saya mahu menjadikan tempat ini tempat yang bahagia,” Saya kemudiannya mendengar beliau memberitahu pelajar beliau secara terbuka. “Saya mahu melihat kamu semua memberi salam antara satu sama lain, senyum dengan lebih kerap, senyum pada saya, pada wanita yang membersihkan kampus – semua orang patut dihormati,” tambah beliau.

Untuk sebab-sebab tertentu, nasihat tersebut tidak kedengaran seperti nasihat basi yang sering diberikan oleh seseorang itu apabila mengambil alih jawatan tersebut. Selepas menjelajah ke masa silam Hamid, barulah anda akan faham akan kenapa nilai hormat menghormati itu sangat dititik beratkan oleh beliau. Sebahagian besar mengapa Hamid mahu pelajar untuk belajar menghormati orang lain adalah kerana beliau sangat faham erti membesar tanpa rasa dihormati orang lain.

“Saya sering dibuli dan dipukul dengan teruk oleh kanak-kanak lelaki lain sewaktu di sekolah. Saya tidak mempunyai rumah yang tetap. Di kebanyakkan hari, saya akan tidur di jalanan. Saya juga langsung tak punyai wang untuk membeli pakaian. Akan tetapi, setiap kali saya dimalukan, keinginan saya untuk melakukan sesuatu dalam hidup semakin kuat.

Dr Hamid, seorang warga Malaysia keturunan Indonesia- Arab, bukanlah berasal daripada keluarga yang senang. Membesar dalam kemiskinan di Pulau Pinang, Malaysia, Hamid sering diejek sewaktu masih di bangku sekolah. 

Membesar di jalanan Pulau Pinang, kehidupan yang sukar bukanlah satu pilihan tetapi pra-syarat. “Satu hari apabila saya pulang ke rumah, ibu saya menjerit kepada saya. Dia menyuruh saya supaya berdiri sebagai seorang lelaki mempertahankan diri saya atau jangan sesekali balik ke rumah ini lagi” kata Hamid. Malam itu dia berjalan keluar dari rumahnya dengan lebih bersemangat berbanding sebelum ini untuk mempertahankan dirinya. Beliau telah diletakkan di bawah naungan Mahaguru Tomoi (Muay Thai) oleh bapa saudaranya Don, gangster terkenal di Chowrasta, jalan di mana beliau dibesarkan.

Tomoi adalah sukan tempur kuno di Malaysia yang mengajar pengamal untuk menggunakan seluruh badan sebagai senjata. “Saya curahkan segala daya dan usaha saya untuk menjadi seorang pahlawan yang digeruni dan memperoleh penghormatan daripada rakan-rakan saya. Musuh-musuh saya sangat takutkan saya. Dengan pengaruh bapa saudara saya, tidak lama selepas itu saya diperkenalkan kepada kumpulan-kumpulan gangster besar, kebanyakannya diketuai oleh beliau. Saya lebam dan cedera parah beberapa kali. Ada ketikanya saya terlibat dalam pergaduhan yang meragut nyawa orang lain. Tetapi saya masih terus berjalan, sehingga satu hari, bapa saudara saya memberitahu bahawa saya perlu meninggalkan gaya hidup kumpulan itu, dan bahawasanya dia tidak mahu saya menjadi seperti dia,” kata Hamid.

Dr. Sahol kemudiannya ditawarkan peluang untuk mendapatkan pendidikan daripada sebuah pertubuhan amal. Pada ketika itulah beliau mengambil keputusan untuk mengubah hala tuju hidup beliau ke arah yang lebih baik

Kebetulan rezeki saya, seseorang dari sebuah pertubuhan amal ternampak beliau dalam satu pergaduhan dan menawarkannya peluang untuk mendapatkan pendidikan. Selepas beberapa ketika memikirkan tawaran tersebut serta mendapat pujukan daripada ibunya untuk melakukan pengajian yang lebih tinggi, Hamid mengambil keputusan untuk meninggalkan segala-galanya dan memulakan hidup baru

Beliau telah dihantar ke Universiti Teknologi MARA, salah satu institusi pengajian tinggi terbesar di negara ini untuk melakukan kursus pra-ijazah diploma.

Seperti apa yang telah Hollywood paparkan kepada kita, ia tidak pernah mudah untuk seorang gangster kembali ke sekolah. Beliau pernah digantung beberapa kali. Akan tetapi beliau bernasib baik kerana tidak ditendang keluar universiti. Tetapi bernasib baik untuk dia, dan bukannya menendang dia keluar, institusi tersebut membuat keputusan untuk memberi peluang sekali lagi. Kali ini, Hamid tahu dia tidak boleh mensia-sia peluang yang telah diberikan. Beliau kemudiannya memenangi biasiswa ke Universiti Colorado, di mana beliau mengambil Ijazah Sarjana (Master’s) dalam Kejuruteraan Awam dan Ekonomi Sarjana secara serentak.

Tetapi Dr. Sahol tidak boleh lupa bagaimana UiTM mengubah hidupnya selama-lamanya dan berterima kasih atas kebaikan mereka. Dia kembali semula ke UiTM sebagai pensyarah selepass menamatkan pengajian.

Wajah Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar Mengikut Umur

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad