Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Keluarga Segalanya

“Apabila tengok bintang di langit jangan lupa rumput dibumi” ucapan abah yang selalu tersemat dihati. Kisah saya ini sekadar pengkongsian untuk adik-adik dan rakan-rakan yang lain. Saya bukan pelajar yang bijak dari sekolah tetapi semangat saya semuanya bermula dari keluarga saya yang sanggup berkorban segalanya untuk saya. Alhamdulillah!!…nikmat yang paling saya syukuri dan hargai sehingga sekarang. Saya dilahirkan di kelantan tetapi dibesarkan di Kuantan.

Sewaktu saya kecil tugasan menguruskan rumah seperti memasak memang sudah diajar oleh keluarga saya. Disinilah segalanya bermula kerana SPM saya sekadar 2A tetapi dengan berkat sentiasa menolong keluarga Allah memberikan nikmat dan rezeki kepada saya dengan tawaran menyambung pengajian di uitm machang kelantan dalam bidang  Diploma Art and Design, Degree in Art and Design dan Master in Design Technology.

Saya menghabiskan master pada umur 26 tahun semasa bekerja sambil belajar. Orang cakap tanpa ujian dan halangan tidak akan mematangkan hidup seseorang yang sememangnya itu perkara yang dialami untuk meneruskan kehidupan. Habis pengajian master bermula la kisah yang saya akan ingat sehingga akhir hayat.

Saya berniat untuk terus menyambung pengajian dalam bidang Doktor falsafah (Phd) selepas habis master. Diizinkan Allah saya mendapat tawaran biasiswa bersyarat yang wajib diselesaikan dalam masa 6 bulan daripada universiti tempatan kepada saya iaitu wajib lulus IELTS 6.5 dan mesti mencari top 100 universiti. Alhamdulillah dengan izin Allah dalam masa 1 bulan saya mendapat tawaran bersyarat (wajib lulus IELTS 6.5) daripada Universiti Heriot watt dengan email yang dibalas oleh seorang Dr yang sangat baik dan  menerima tawaran yang baik untuk menjadi supervisor saya.

Perjalanan untuk menuju PhD pada mulanya sangat mudah dengan bantuan keluarga yang selalu memberi semangat pada saya. Sebanyak 6 kali saya menduduki IELTS yang pada mulanya harga  bermula RM630 dan April 2015  berharga RM650 tetapi rezeki untuk menyambung pelajar di luar negara bukan rezeki saya. Sebanyak 6 kali exam dan saya menggunakan cikgu private.

Saya ini english tidak berapa hebat…. jadi saya ambil guru private….yang dibayar 1 jam rm45 ikut berape jam saya nak belajar biasanya 1 hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang dlm masa 2 bulan sy belajar. Guru sy sangat hebat namanya miss D…baru sahaja balik dari US…dia di antara pelajar cemerlang kuantan dan Malaysia….(duit mmg di support habis oleh abah n ma sebab diorg ckp…duit xada apa2…klau kak ngah nk sambung) ( nagis lg) tetapi saya tetap tidak mencapai IElTS 6.5.

Saya berasa sedih dan menangis terasa lemah kenapa kawan-kawan saya yang lain mampu tetapi kenapa saya tidak mampu sehinggalah saya mengetahui bahawa mama saya  merestui untuk saya belajar di luar negara tetapi bukan ikhlas dari hati kerana risaukan saya disana. walaupun sehabis daya sy berusaha patutlah sy asyik pelik dengan diri sendiri biasanya exam in shaa Allah saya boleh buat tetapi ini smpai 6 kali tetap tidak lepas bukan  tu sahaja pak saudara paling sy sayang meninggal dunia iaitu prof dr Suhaily Yusri Che Ngah (Al-fatihah utk arwah) mungkin sebab tu jugak Allah tidak bagi sy pergi jauh tapi rezeki saya masih ada di Malaysia. Barulah saya tahu usaha saya tidak berbaloi jika tanpa restu kedua ibubapa saya. Hujan tidak akan selalu turun pasti ada pelangi menyinari kehidupan.  Dari kesedihan dan halangan yang saya harungi Allah berikan saya rezeki dan pelangi yang terindah iaitu saya baru memohon untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dalam masa 4 hari saya mendapat tawaran.

Pada tahun 2015 saya berumur 27 tahun meneruskan pengajian dalam bidang Doktor Falsafah selepas pelbagai halangan yang ditempuhi dan sekarang masih meneruskan pengajian. Semoga dengan izin Allah dan restu daripada Keluarga saya. Saya dapat menghabiskan dengan jayanya kerana inilah impian saya dan keluarga saya. Nasihat saya dengan pengalaman yang saya ceritakan dapat memberi  semangat budak adik-adik diluar sana dan jangan sesekali berputus asa.

Untuk adik-adik yang tengah belajar tolonglah menghargai keluarga kamu seharusnya setiap hari wajib bertanya khabar melalui telifon atau surat sebab restu diorang itu penting!

Kalau tidak mahu call boleh menggunakan whatsapp setiap hr….

—-kadang-kadang kamu pernah tak rasa serabut sangat dan penat!!!!!..solat dah buat doa dah buat tetapi hati tetap tak sedap hati. Nasihat saya cuba peluk dan kiss mak dan ayah kita mesti rasa tenang sgt!!!! hihihihi.

—-pada adik-adik yang teringin nak sambung belajar luar negara boleh email pada saya liyanayana_za@yahoo.com. In shaa Allah saya cuba bantu dan berkongsi ilmu yang saya tahu untuk IELTS. Terima kasih dan Assalamualaikum.

shareiscaring #alhamdulillah #ielts #phd #workhard #nevergiveup #ilovemyfamily #productuitm #productukm

==========================================

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

 

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad