Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

“Markah hanyalah angka, tapi attitude matters” – Kenyataan makan dalam Pensyarah ini buat ramai ‘student’ sentap.

Gambar sekadar hiasan

Kehidupan sebagai seorang yang bergelar pelajar memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi sekiranya kau tidak mempunyai masalah kewangan.

Meskipun begitu, ramai pelajar yang dilihat sering mengeluh dengan kehidupan mereka kerana dibebani dengan tugasan dan pelbagai projek ilmiah yang dirasa terlalu membebankan mereka.

Namun hakikatnya, ramai pelajar yang tidak sedar bahawa kehidupan selepas mereka tamat bergelar sebagai pelajar adalah lebih kejam dan mencabar berbanding dengan kehidupan mereka semasa di IPT dulu.

Seorang pengguna Facebook yang juga merupakan seorang pensyarah di sebuah IPT telah berkongsi cabaran-cabaran yang ditempuhi oleh bekas-bekas pelajarnya setelah mereka tamat pengajian.

Gaji masuk terus habis

Sambil menghirup kopi o panas, bekas pelajar menceritakan cabaran hidupnya selepas meninggalkan dunia universiti. Dulu, dia ni nampak muka budak-budak dan macam tak matured.

‘Gaji masuk terus habis Sir. Gaji adalah dalam dua ribu. Lepas bayar PTPTN, bayar sewa rumah, bil letrik, bil air, beli barang dapur, tol, minyak, parking, akhirnya seratus ringgit pun tak tinggal.’

Wajahnya serius.

‘Isteri pregnant. Dia teringin nak air-cond. Saya akan usahakan cuma takde idea sangat macammana nak cari duit lebih. Sekarang ni tengah usahakan online business dan dropship. InsyaAllah adalah rezeki nanti.’

Budak ni dah jadi lelaki. Begitulah lelaki. Sekalipun diri masih terkial-kial hendak survive, kegembiraan orang tersayang sentiasa jadi keutamaan.

She will always come first

Pelajar tanya samada elok dia kawin atau sambung belajar level postgraduate. Duit tak cukup untuk dua-dua.

Saya suggest elok dia sambung belajar postgraduate sebabnya dia tak betul-betul minat perempuan tu.

Pelajar tu tanya macammana saya tau dia tak betul-betul minat perempuan tu sedangkan dia tak cakap pun.

‘Kalau awak betul-betul gilakan perempuan tu, awak takkan tanya pun soalan tu. She will always come first.’

Kahwin masa belajar

Ada student tanya ok tak kawin waktu belajar untuk elak maksiat. Jawapan saya, kalau tujuan nak elak maksiat, tak payahlah couple dan chatting siang malam.
Nabi pesan kalau mampu berkawin, kawinlah. Kalau belum mampu, banyakkan berpuasa.

Takpe kawin lambat sikit. Yang penting matang dan bersedia. It is better to be single than to be married to an immature boy who is obsessed with physical and appearance.

Bercinta waktu belajar samalah macam kupas bawang. Akhirnya, tiada apa-apa pun dalamnya. Hanya airmata.

Get married when you’re ready, not when you’re lonely.

Markah hanyalah angka, tapi attitude matters

Bila universiti ambik anda sebagai pelajar, maknanya ada 3-4 orang lain yang universiti terpaksa tolak. Pasal tempat terhad. Yang ditolak ni ada yang menangis dan meraung. Semua sedih.

Kepada pelajar malas yang suka ponteng, anda patut rasa bersalah pada mereka yang tak berpeluang belajar pasal anda.

Markah hanyalah angka, tapi attitude matters..

Sumber – Yazid Zul

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad