Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Masscomm ni tak lulus SPM pun boleh masuk? Haha.

Original Post From : IIUMC Confession

Aku terpanggil untuk share pengalaman selepas baca confession student law pasal kena downgrade. Well, aku juga alumni UiTM dalam jurusan Komunikasi Massa. Aku juga tak terlepas dari cemuhan orang.

First of all, lepas SPM dulu aku memang target nak masuk UiTM walaupun kawan-kawan lain semua target Universiti yang hebat. Sebab apa? Sebab aku dah survey kursus yang aku minat dan di mana tempat terbaik yang tawarkan kursus tu. Orang industri media dalam Malaysia ni banyak datang UiTM sejak zaman UiTM tu dipanggil ITM lagi. Time tu masscomm school dipanggil Sebaran Am.

Nak dijadikan cerita, aku dapat tawaran Asasi UiTM. Ingat orang nak ucap tahniah tapi apa aku dapat? Universiti kolot, habis belajar susah dapat kerja, tak ada persaingan dan macam-macam lagi. Even member aku sendiri pernah cakap kalau nak dibandingkan UiTM dengan Uni lain memang UiTM ni tercorot tersorot terherot dalam Malaysia. Tapi time nak bayar yuran dengki pula dengan aku. Haha.

Time tu aku sempat belajar 1 sem diploma dekat IPTA yang mana gred yang dikira gagal adalah E dan subjek diajar fully in BM. Kalau UiTM gred E tu dah kena tendang agaknya. Itu pun tak kurang juga kena cemuh sebab nama IPT tu tak ada U dekat depan. Haha.

Bila sambung degree, aku memang apply UiTM. Untuk melayakkan diri ambil jurusan komunikasi massa, kena interview dan jawab ujian bertulis dahulu. So, celah mana senangnya nak masuk masscomm macam orang duk kata masscom ni tak lulus SPM pun boleh masuk? Haha.

Aku selalu fikir macam ni je. Yang kata tak lulus SPM boleh masuk masscom tu sebenarnya dia dah pernah apply tapi tak dapat itu yang dia dengki sangat tu. Ataupun dia pernah dapat panggilan interview tapi gagal sebab tak ada skill yang diperlukan dalam masscom. Who knows?

Tiga tahun aku belajar dekat UiTM memang aku enjoy the environment walaupun orang duk kutuk kata fakulti masscom ni lubuk pondan dan bimbo. Yang tu aku malas nak ulas sebab kau rasa fakulti lain tak ada ke? Tempat lain tak ada ke?

Time belajar memang tak ada goyang kaki, pakai mekap, dress up lawa-lawa, catwalk pegang buku macam stereotaip orang terhadap masscom. Aku punya tugasan tak menyempatkan aku untuk semua benda tu. Ditakdirkan, dengan usaha aku aku dekan tiap semester. Mestilah kau happy kan sebab berbaloi dengan usaha kau? Sehinggalah ada kawan datang cakap “Ala belajar UiTM bolehlah score DL tiap sem, cuba belajar dekat U aku ni 3.75 baru DL”.

Dan disebabkan aku DL tiap sem tu Alhamdulillah aku dapat pengecualian bayaran balik PTPTN. Yang tu paling happy weh. Sekali lagi kena dengan member “Ala tak acilah pointer kau lebih kurang aku je tapi aku tak dapat pengecualian pun”. Habistu ingat aku dapat DL tu dari langit ke?

Cuba kau tanya, berapa Gred yang menyebabkan pelajar repeat subjek? Cuba tanya bolehkah pelajar UiTM buat tugasan, jawab exam dan buat research dalam BM? (Kalau ada pun kursus pengajian bahasa). Cuba tanya berapa ramai sangkut tiap semester? Jangan ingat kami study pakai suku otak je. Haha. Bagi aku tak adil la nak samakan situasi kau belajar kursus yang banyak calculation dengan kursus yang banyak membaca dan pengucapan awam. Lain kursus lain struggle dia.

Itu belum lagi time keluar ranking universiti. Situasi dia macam kau sekolah asrama penuh, aku sekolah harian biasa, jadi aku ni kira tak ada chance nak score straight A.

Dan aku ada saudara yang kerja dalam industri media tapi aku 5 tahun sekali baru jumpa dia so dia tak tahu aku belajar bidang media. Satu hari tu aku jumpa dia. Bila dia tahu aku belajar dekat UiTM terus dikecamnya aku katanya Masscom UiTM orang tak pandang pun. So aku list big name in industry yang datang dari UiTM sampailah dia diam. Itu cerita 3 tahun lepas. Mungkin cukup 5 tahun dia jumpa aku balik aku boleh buktikan dimana aku berada sekarang yang dia kata lekeh sangat.

Yang kutuk sebab pengaruh politik dalam media pun boleh tahan. Depan-depan aku cakap Masscom melahirkan golongan macai dan graduan bodoh. Kau ingat semua student masscom minta nak jadi macai? Kau ingat kami belajar untuk jadi bodoh? Kalau tak tahu apa-apa pasal media jangan suka hati nak cakap kami macai. Kami pun cari makan macam anda juga dan bidang kami luas tak semestinya dalam media tiga suku macam orang duk kata. Takkanlah aku nak buka kelas pengajian media dekat sini pula kan?

Aku nak pesan dekat sini, cukup-cukuplah perangai nak membandingkan IPT ni. Rezeki lain-lain. Apa kau ingat belajar dekat UiTM tak pakai otak, pakai daun je ke buat bayar yuran? Apa kau ingat asal masuk universiti je dipandang tinggi? Masuk institusi lain yang tak ada U tak layak? Dan cukup-cukuplah dengan stereotaip kos ni macam ni kos tu macam tu. Even kursus kulinari pun bukan sekadar duduk di dapur sahaja (ni aku bagi contoh sahaja). Kau tu yang kena widen your perspective.

– Masscommer

Ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda di sini -> My UiTM Story

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

3 thoughts on “Masscomm ni tak lulus SPM pun boleh masuk? Haha.”

  1. Sya merupakan pelajar pendidikan khas dn sya minat ke arah bidang peniaran tpi sya xde spm jdi dengn kisah inspirai ini

  2. SOFEA AZEEZA BINTI ROSLAN SOFEA

    assalammualaikum saya nak tanya perempuan ramai tak yang berminat dengan masscom ni. kalau bidang ni dia kene ambil asasi sains komputer ke.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad