Menteri Pendidikan: Program Biasiswa MyBrain ditangguhkan, hutang negara terlalu banyak

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Program MyBrain, skim pembiayaan pendidikan oleh Kementerian Pendidikan untuk Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PHD) sah ditangguhkan, kata menteri pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu program TV1 “Bicara Khas bersama menteri” pada 25 Julai lepas.

Dr Maszlee turut berkata program tersebut ditangguh kerana kerajaan sebelum ini meninggalkan hutang yang begitu banyak.

MyBrain meliputi MyPHD, kerajaan terdahulu mensasarkan seramai 60,000 orang akan mempunyai PhD menjelang 2020 dan peruntukan sebanyak RM90 juta ringgit untuk menaja 10,600 orang untuk mendapatkan Masters dan PhD melalui skim ini.

Program ini dijangka akan pulih apabila keadaan ekonomi kembali stabil dan hutang negara berada pada paras yang terkawal.

“MyBrain ia satu program yang bagus. Untuk melahirkan ramai pemgegang PHD, yang kita sasarkan, 60 000 (pemegang PHD). Cuma keadaan ekonomi semasa dan kekangan kewangan di KPM dan juga dinegaralah, yang terima kasih kepada kerajaan lamalah, yang tinggalkan hutang yang begitu banyak untuk rakyat dan juga kami tidak boleh berikan biasiswa kepada orang kerana kerajaan lama punya kerja. Dan kita telah mengambil keputusan bahawa kita terpaksa tangguhkan dahulu. Tangguhkan sehingga keadaan ekonomi pulih. Insya Allah apabila kita ada duit lebih, kita akan kembali kepada program tersebut.” – Dr Maszlee Malik

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE