Yayasan Sime Darby mempelawa pelajar tahun pertama di universiti atau pelajar yang sedang membuat permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree) bagi tahun 2017 untuk memohon biasiswa di bawah tajaan mereka.
Yayasan Sime Darby menawarkan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, memiliki daya kepimpinan yang tinggi selain berpotensi untuk menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti secara umumnya menerusi aktiviti kokurikulum.
Tarikh Tutup
31 Mac 2017
Kriteria
Pemohon mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 25 tahun ke bawah
- Memperolehi keputusan STPM/Pra universiti/asasi/matrikulasi KPM/ diploma (sekurang-kurangnya CGPA 3/30) atau Program A-Level (sekurang-kurangnya 3A).
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10,000 sebulan
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum , sukan serta khidmat komuniti
- Memiliki daya kepimpinan yang tinggi sama ada di sekolah atau dalam komuniti
- Pelajar tahun pertama (semester 1 & 2) di universiti awam sangat digalakkan untuk memohon
Pemohon yang memohon atau sedang melanjutkan pengajian di Universiti yang disenaraikan ini sahaja boleh memohon :
- Universiti Malaya
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi Petronas
- Monash University Malaysia
- The University of Nottingham
Amaun
- Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya
- Elaun sara hidup
- Elaun buku
- Elaun Komputer
Penerima biasiswa ini kelak akan menjalani latihan ilmiah (internship) di Sime Darby Group of Companies
Selepas tamat pengajian penerima biasiswa akan bekerja dengan Sime Darby Group of Companies selama 2 hingga 4 tahun, bergantung kepada tempoh penganugerahan biasiswa.
Disiplin
JURUSAN PERNIAGAAN
- Perakaunan
- Pengurusan Perniagaan & Commerce
- Kewangan
- Ekonomi
- Perniagaan Antarabangsa
- Sumber Manusia
- Pemasaran Digital
JURUSAN SAINS DAN KEJURUTERAAN
- Mechanical Engineering
- Information Technology/Information System
- Actuarial Science
- Mathematics/Statistical Science
- Agricultural Science
- Environmental Science
- Plantation Technology
- Psychology
- Data Science
- Electrical Engineering
- Computer Science
Nota penting : Jurusan selain daripada yang dinyatakan di atas tidak ditawarkan.
Cara Memohon
Untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan secara online, boleh klik di sini.
Hubungi
Untuk info lanjut, klik di sini.