Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Minyak Petrol Percuma Buat Penunggang Motorsikal di Wilayah Persekutuan Bermula April

Minyak Petrol Percuma Buat Penunggang Motorsikal di Wilayah Persekutuan

Pemuda BN Wilayah Persekutuan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motosikal di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setiap awal bulan bermula April ini.

Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii berkata, ia bertujuan membantu meringankan beban rakyat terutama penunggang motosikal.

Menurut Razlan, seramai 117,000 penunggang motosikal bakal mendapat faedah berkenaan sepanjang program itu berlangsung.

“Kita akan beri kepada semua tanpa mengira latar belakang dan parti politik.

“Kita faham penggunaan minyak kereta lebih tinggi namun pengguna motosikal juga merasa terbeban. Namun tidak kira harga minyak naik atau turun, program ini akan dibuat berterusan setiap bulan,” katanya kepada pemberita pada Program Isi Minyak Motor Percuma anjuran Pergerakan Pemuda MyPPP Wilayah Persekutuan di sini, kelmarin.


Sejumlah RM250,000 akan diperuntukkan bagi melaksanakan program tersebut.

Sementara itu,  Ketua UMNO Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut dilaporkan berminat menganjurkan program bahan api percuma untuk penunggang motosikal dua kali setiap bulan.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad