SHAH ALAM – Pasukan Moot Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mewakili Malaysia ke Phillip C. Jessup International Moot Court Competition di Washington D.C, United States of America telah selamat berlepas semalam.
https://twitter.com/nocturnaltapir/status/849586075760640001
Pasukan UiTM diwakili oleh pelajar-pelajar Fakulti Undang-undang UiTM, Izham Daim, Dinie Zaidi, Sumaeya Sofea, dan Syakira Azam berjaya menjadi wakil Malaysia setelah muncul juara Phillip C. Jessup International Moot Court Competition pusingan Malaysia selepas menundukkan pasukan tuan rumah Universiti Malaya di peringkat akhir sekali gus menjadi kemenangan ketiga buat pasukan dari UiTM dalam pertandingan tersebut semenjak tahun 2010.
Pertandingan debat berprestij itu bakal berlangsung pada pertengahan April ini dan disertai pasukan-pasukan yang memenangi Phillip C. Jessup International Moot Court Competition peringkat kebangsaan dari seluruh dunia di Washington D.C.