Pelajar Aliran Kemahiran Miliki Peluang Yang Sama Menyambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Pertama!

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Pelajar Aliran Kemahiran Kini Boleh Menyambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Pertama!

Sebelum ini, adalah sesuatu yang janggal bagi pelajar aliran kemahiran jika mereka ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (ijazah pertama, sarjana (masters) dan Doktor Falsafah (PhD) kerana ramai beranggapan bahawa memilih laluan akademik iaitu bemula dengan pra universiti dahulu selepas tamat SPM merupakan jalan yang paling popular.

Akan tetapi, untuk memilih laluan akademik ianya memerlukan sesorang pelajar itu memperoleh tahap pencapaian akademik yang baik ketika SPM dan tidak hanya sekadar memenuhi syarat minimum sahaja. Ini kerana, saringan kelayakan adalah menggunakan kaedah meritokrasi yang mana siapa lebih berkelayakan akan dipilih untuk memenuhi kuota tempat yang disediakan manakala pemohon yang selebihnya walaupun layak tetap tidak akan ditawarkan.

Jadi, sudah tentu pelajar yang lebih kepada kemahiran ini akan gagal merebut tempat. Maka, bagaimana dengan nasib mereka, adakah tiada langsung harapan dan peluang untuk mengapai impian belajar tinggi sama seperti pelajar yang dianugerahkan kelebihan dalam bidang akademik? Adilkah begitu?.

Bagi pelajar kemahiran yang sedang atau bakal mengikuti pengajian di Institusi Latihan Awam seperti Kolej Vokasional, Kolej Komuniti dan Insitusi kemahiran yang lain (Pastikan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)) usah bimbang lagi kerana peluang anda untuk melanjutkan pengajian sama seperti pelajar akademik yang lain selepas anda menamatkan pengajian dan memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Klik pautan ini untuk muat turun borang atau menhubungi pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran

Anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang berkaitan di universiti-universiti awam yang menyediakan kursus berkaitan. Kursus-kursus tersebut boleh dipohon melalui laman UPU iaitu laman yang sama untuk kemasukan ke universiti awam yang lain. Berikut kami kongsikan senarai bidang yang ditawarkan. (klik pada pautan berwarna biru dibawah untuk semak senarai kursus serta syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan) :

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

  • Ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan (jika berminat menjadi jurutera)
  • Ijazah sarjana muda pendidikan teknik dan vokasional (Jika berminat untuk menjadi tenaga pengajar)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)

  • Ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan (jika berminat menjadi jurutera)

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

  • Ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan (jika berminat menjadi jurutera)

Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

  • Ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan (jika berminat menjadi jurutera)

Jadi, diharap persepsi negatif mengenai lalui pelajaran aliran kemahiran bahawa mereka ini tiada peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dapat dihindar melalui artikel pencerahan ini. Tahukah anda majoriti graduan lulusan kemahiran 90% (kolej komuniti, Institut Latihan Perindustrian, dan institusi kemahiran lain) sudah memperolehi pekerjaan selepas tamat pengajian berbanding graduan lulusan akademik?. Tahukah anda juga, industri hari ini memerlukan ramai tenaga kerja yang berkemahiran?

Kepada ibu bapa, kami nasihatkan agar membantu anak anda memilih laluan pelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk masa depan mereka. Usah musnahkan masa depan mereka semata-mata ingin dilihat hebat di mata manusia. Walau apa sekalipun, kami doakan anda berjaya dalam apa jua pilihan sekalipun cuma pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE