Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

UiTM Laksana Program Gap Year September ini – Naib Canselor

Universiti Teknologi Mara (UiTM) sudah bersedia untuk melaksanakan Gap Year  di bawah Kementerian Pengajian Tinggi untuk kali pertama pada bulan September.

Perlaksanaan program yang telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini, menggalakkan pelajar mengambil rehat selama setahun  untuk mengambil bahagian dalam sukarelawan perkhidmatan dengan agensi seperti tentera dan Civil Defence Department (APM).

BACA: Apa itu Gap Year dan Berbaloi ke Jika Mahasiswa Mengikuti Program ini.

Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said dalam satu kenyataan berkata, melalui program ini, pelajar akan mendapat manfaat yang banyak daripada pengalaman berharga yang tidak akan dapat diperoleh di kampus.

“Pejabat Akademi Polis UiTM-PDRM kami di Unit Hal Ehwal Pelajar kini dalam peringkat akhir menyediakan modul yang komprehensif dan teratur untuk mengawal selia dan memantau program ini.

UiTM
Kampus UiTM Puncak Alam

“Pelajar UiTM dari semua cawangan kampus kami boleh memilih penyertaan mereka dalam kerja-kerja sukarela dengan agensi beruniform kami, sama ada APM atau tentera.”

Pelajar yang menawarkan diri  dan memenuhi syarat-syarat, katanya, akan dipilih sebagai peserta dan akan diberi latihan yang tertentu dan jumlah masa bergantung kepada tahap pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki.

Berikutan itu, mereka boleh memilih untuk menjadi pegawai atau ahli APM atau tentera.

“Bagi pelajar latihan APM, mereka akan menjalankan tugas-tugas pertahanan awam sama ada di Akademi Latihan,  Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam di daerah atau negeri

“Bagi mereka yang memilih program ketenteraan, mereka akan menjalankan tugas-tugas sebagai pegawai atau ahli dalam Askar Wataniah, jika syarat dipenuhi.”

Mengikut Hassan, program Gap Year adalah cara yang terbaik untuk mencapai tambah-nilai kepada pembangunan modal insan pelajar semasa di universiti.

Ia juga membantu dalam mematang kapasiti mental pelajar dan menambah pengetahuan mengenai realiti dunia sebenar, pada masa yang sama mempersiapkan mereka untuk menjadi lebih berdikari untuk menghadapi kerja dunia pada masa akan datang.

“Program ini akan melahirkan pelajar yang lebih mudah terdedah kepada hal ehwal semasa dan dapat memupuk rasa cinta mereka pada Malaysia.”

Press Release Rasmi UiTM

Facebook – Hal Ehwal Akademik UiTM

Register.
Enjoy 10% Discount.

1 thought on “UiTM Laksana Program Gap Year September ini – Naib Canselor”

  1. Nur Khalidah binti Roslan

    salam.
    saya ada beberapa soalan mengenai Gap Year ni.
    1. level mana yang terlibat. diploma? degree?
    2. semua bidang ke yang terlibat?
    3. boleh ke ada yang terlibat selain tentera dan APM?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad