Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Apa itu Gap Year dan Berbaloi ke Jika Mahasiswa Mengikuti Program ini.

Sejurus pengumuman perlaksanaan program Gap Year di UiTM dan UKM pada September ini, heboh satu Malaysia mengenai perkara ini terutamanya dikalangan pelajar-pelajar UiTM. Ramai yang menyambut baik usaha ini dan tidak kurang juga yang masih tertanya-tanya akan apakah makna ini semua!. Ramai yang membuat carian di sosial media dan sebagainya untuk mengetahui program apa pula yang akan dilaksanakan oleh kerajaan ini.

Baca : UiTM dan UKM terpilih untuk memulakan program Gap Year September ini – Idris Jusoh

Apa itu Gap Year?

Program Gap Year merupakan program yang dilaksanakan buat pertama kalinya di United Kingdom pada tahun 1970. Gap year boleh dikatakan sebagai pemberian “tempoh rehat” iaitu selama 7 hingga 8 bulan kepada pelajar selepas peperiksaan akhir dan sebelum bermulanya tahun pengajian seterusnya. Tujuan pelaksanaan program itu di UK pada awalnya adalah untuk memastikan pelajar mendapat rehat yang secukupnya sebelum bermulanya tahun pengajian seterusnya.

Dengan tempoh gap year yang panjang ini, pelajar di UK mempunyai masa yang cukup untuk menimba pengalaman sama ada pengalaman kerja, menjadi sukarelawan, melancong atau apa sahaja yang boleh mendatangkan manfaat kepada mereka. Selepas kembali semula daripada cuti panjang tersebut, majoriti dalam kalangan mereka dilihat lebih berfikiran matang, berdikari sekali gus dilihat memberi nilai tambah sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar kelak.

Berbaloi atau Sebaliknya

Setakat ini, seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, 8 universiti sudah bersetuju untuk melaksanakan program itu di universiti masing-masing. Lapan (8) universiti itu termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini hanya melibatkan mahasiswa/i tahun kedua dan ketiga sahaja.

Sekiranya anda membaca artikel sebelum ini, pastinya anda sudah mengetahui bahawa, sekiranya mahasiswa memohon untuk mengikuti program itu, mereka boleh merancang sendiri aktiviti sepanjang “tempoh rehat” yang dijangka selama setahun itu. Walau bagaimanapun, pernahkah anda terfikir apakah kebaikan dan keburukan program gap year ini?. Berbaloi atau pun sebaliknya, jika anda sebagai mahasiswa mengikuti program ini?. Oleh itu, kami kongsikan dahulu kebaikannya, kemudian dalam artikel siri kedua kami kongsikan pula keburukannya.

1. Memperolehi Pengalaman Kerja

Tahukah anda, majoriti majikan menawarkan pekerjaan kepada pekerja yang mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman. Sekiranya anda tidak percaya dengan hakikat ini, anda boleh log masuk ke Jobstreet iaitu laman carian pekerjaan paling popular di Malaysia, dan rujuk kepada syarat kelayakan permohonan pekerjaan mengikut bidang pengajian anda. Dari situ, barulah anda akan percaya fakta sebenar. Anda sudah menyemak?.

Jika ya, cuba anda berfikir sejenak, sekiranya anda menamatkan pengajian hanya dengan berbekalkan sijil ijazah sahaja adakah anda yakin akan memperolehi pekerjaan dalam tempoh yang singkat atau memperolehi pekerjaan yang menawarkan gaji seperti mana mengikut kelayakan akademik anda?. Kami tinggalkan persoalan itu kerana ianya mengikut pandangan peribadi individu.

Tetapi, sekiranya anda memohon untuk mengikuti Program Gap Year, peluang anda dilihat sangat cerah untuk memperolehi pekerjaan dalam masa yang singkat selain tawaran gaji mengikut kelayakan dengan ditambah pula pengalaman anda. Walau bagaimanapun, jangan sekadar berangan atau membuta sahaja, pastikan “tempoh rehat” yang diberikan digunakan sepenuhnya.

Misalnya, anda mengikuti pengajian perakaunan dan memilih bekerja di mana-mana syarikat yang menawarkan akauntan sambilan. Jika sepanjang tempoh pekerjaan itu, anda menunjukkan prestasi yang baik, kemungkinan majikan anda berminat untuk menawarkan pekerjaan setelah menamatkan pengajian kelak. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya anda sudah terdedah dengan persekitaran pekerjaan, mengetahui isu-isu sebenar dalam bidang perakaunan, mengetahui cara untuk menyelesaikannya, mengumpul wang sendiri hasil daripada titik peluh sendiri sekaligus merasai kesusahan ibu bapa anda yang mencari nafkah semata-mata untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada anda. Dengan pengalaman yang dimiliki, tentunya akan memberi nilai tambah dan persediaan kepada anda setelah bekerja kelak selain berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian anda dan juga ibu bapa anda.

 

2. Memperolehi Kemahiran dengan Menjalani Latihan Kemahiran

Satu soalan yang ingin kami ajukan kepada anda, antara graduan dari institusi kemahiran atau graduan daripada universiti yang belajar mengenai teori tanpa praktikal yang memperolehi pekerjaan dahulu selepas menamatkan pengajian? (Anda mempunyai jawapan?. Kongsikan di ruangan komen).

Cuba anda bayangkan jika anda adalah seorang graduan universiti. Anda berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran tertentu. Selepas menamatkan pengajian, anda menghadiri temu duga dan pesaing anda adalah graduan lulusan kemahiran yang kurang cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai kemahiran sama seperti anda. Pada pendapat anda, siapakah yang akan diterima bekerja?. (Anda boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen).

Sekiranya anda terfikir bahawa program ini memberi kebaikan, kami kongsikan kepada anda program kemahiran jangka pendek dan jangka panjang (paling lama mengambil tempoh satu tahun, paling cepat 3 bulan) yang boleh anda ikuti. Antara institusi kemahiran yang menawarkan kursus kemahiran adalah  Institusi Latihan Perindustrian, KEMASGiat MaraJabatan Pembangunan Manusia, Pusat Latihan pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), kursus kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademik Kemahiran Belia Golf) dan banyak lagi. Klik pautan berwarna biru untuk terus melihat kursus kemahiran yang ditawarkan. Majoriti kursus kemahiran yang ditawarkan adalah percuma malah pelajar turut diberikan elaun sara hidup.

Oleh itu, dengan kemahiran yang dimiliki kelak, anda boleh memilih sama ada untuk membuka perniagaan sendiri mengikut kemahiran yang dimiliki contohnya kursus menjahit anda boleh menjadi Pereka Fesyen. Tahukah anda Pereka Fesyen menjana pendapatan yang lumayan sejak kebelakangan ini?. Malah harga upah menjahit lebih mahal dari kain yang anda beli. Jadi mahasiswi mungkin inilah peluang anda untuk menjana pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah!. Bagi mahasiswa, apa kata anda ikuti kemahiran membaiki kenderaan. Daripada asyik ditipu ketika membaiki kenderaan di bengkel kereta, tentunya sangat tidak macho bukan?. Jadi, apa kata anda membaikinya sendiri malah boleh mengambil upah membaikinya juga.

 

4. Berkhidmat untuk Negara

Majoriti graduan sebelum menamatkan pengajian, mereka wajib menjalani latihan industri paling lama adalah selama 6 bulan bergantung kepada institusi. Kebanyakan mereka memilih untuk menjalani latihan industri dalam perkhidmatan awam, misalnya kastam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan badan-badan kerajaan yang lain.

Sekiranya, anda memilih untuk mengikuti program Gap Year ini, anda turut berpeluang untuk memohon jawatan pekerja sambilan mengikut bidang pengajian anda di badan-badan kerajaan itu. Ini tentunya bakal mendedahkan anda kepada isu-isu semasa dalam bidang pengajian anda, isu semasa negara, polisi kerajaan, budaya kerja kaki tangan awam malah karenah birokrasi yang berlaku. Dari situ, anda akan faham bahawa apa yang anda pelajari ketika di universiti, secara realitinya ianya sangat berbeza. Maka, berbekalkan pengalaman itu nanti, anda boleh berkongsi dengan rakan malah pensyarah anda setelah kembali semula ke universiti kelak. Anda boleh berkongsi budaya kerja di sana, isu semasa dalam bidang pengajian dan adakah apa yang anda pelajari di universiti itu sudah cukup dianggap sebagai bekalan bagi menghadapi dunia pekerjaan kelak.

5. Belajar Erti Kelangsungan Hidup Melalui Pengembaraan

Pernahkah anda mendengar kata-kata ini, “Jadilah pengembara bukannya pelancong”?. Tentu anda bertanya bukankah pengembara itu sama sahaja seperti pelancong?. Untuk pengetahuan anda, ianya tentu sekali berbeza. Jika anda menjadi pelancong, anda hanya akan melawati ke tempat-tempat terkenal yang sudah dilawati oleh ramai orang. Tanpa melancong ke sana pun anda sudah tahu keadaan sekeliling, bagaimana keadaan anda ketika di sana, dimana anda boleh dapatkan bantuan sekiranya menghadapi sebarang masalah, budaya penduduk tempatan dan sebagainya melalui carian di internet dan lain-lain. Menjadi pelancong juga, tentu sahaja anda yang menginap di hotel yang selesa. Kemungkinan juga,  jadual pelancongan anda sudah pun diatur jika anda mengikuti pakej pelancongan. Ya, anda tetap akan memperolehi pengalaman apabila menjejak kaki ke sana tetapi pengalaman itu tidak akan sama seperti mana jika anda menjadi seorang pengembara.

Sekiranya anda memilih untuk mengikuti program gap year dan berhasrat untuk melawat ke negara lain, kami cadangkan anda jadilah pengembara atau dikenali juga sebagai backpackers. Mengembara ke negara lain, pastinya menjanjikan pengalaman yang menarik bukan sahaja menghidangkan keindahan bentuk muka bumi tuhan malah pengalaman hidup. Sebagai pengembara, anda akan mengembara ke tempat-tempat yang jarang dilawati atau pun tidak pernah dilawati oleh orang lain. Dari situ, anda akan belajar mengenai budaya masyarakat, bahasa komunikasi, makanan dan sebagainya. Jika selepas tamat pengajian baru hendak mengembara, kami khuatir anda termasuk dalam kalangan yang disenarai hitam pinjaman PTPTN. Jadi inilah peluang anda sebelum disenarai hitam!.

Dari situ, anda akan merasai kesukaran untuk meneruskan kehidupan di situ sekaligus pada masa yang sama pengembaraan itu akan mengajar anda erti kelangsungan hidup (survival). Kenapa kami katakan begitu?. Cuba anda bayangkan anda ditinggalkan seorang diri di kawasan yang asing, kemudian anda perlu teruskan hidup tanpa bantuan orang yang dikenali. Adakah anda mampu untuk teruskan hidup?.

Jika anda berjaya mengharungi kesukaran itu, anda tidak perlu bimbang apabila menamatkan pengajian kelak jika anda lambat ditawarkan pekerjaan dan sebagainya. Ini kerana, anda sudah ada kemahiran hidup untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan tidak bergantung kepada pihak lain. Anda lebih berani dan kemungkinan anda akan menceburi dalam bidang perniagaan atau pergi mencari pekerjaan di luar negara. Ketakutan itu sudah terungkai dalam diri anda memandangkan sebelum ini, cabaran ketika mengembara itu lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan tiada pekerjaan. Ianya diibaratkan “Ulat dalam batu pun boleh hidup”.

Menjadi Sukarelawan yang Berbakti Kepada Masyarakat

Pernahkah anda mengikuti program sukarelawan di universiti, misalnya Program Bakti Siswa?. Jika ya, bagaimana perasaan anda ketika mengikuti program tersebut?. Menyeronokkan bukan?. Bagi anda yang tidak tahu mengenai program Bakti Siswa, untuk pengetahuan anda, ianya adalah program khidmat masyarakat dimana mahasiswa/i akan menjadi anak angkat kepada sesebuah keluarga.

Kebiasaanya, program ini diadakan di kawasan pendalaman seperti di kampung-kampung yang jauh dari pusat bandar. Pemilihan kawasan berkenaan adalah untuk memastikan mahasiswa/i benar-benar merasai pengalaman hidup di tempat asing, pergaulan dengan masyarakat, budaya dan sebagainya. Ini bagi melatih mereka supaya lebih berdikari, menyesuaikan diri di tempat yang asing, belajar sesuatu tentang hidup di kawasan pendalaman yang tentunya kurang dari segala segi terutamanya kemudahan, memahami penderitaan kehidupan orang lain seterusnya bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Oleh itu, sekiranya anda memilih untuk mengikuti program gap year, Program sukarelawan merupakan salah satu yang anda boleh lakukan sepanjang tempoh Gap Year. Untuk pengetahuan anda, banyak organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) memerlukan khidmat sukarelawan anda. Antaranya adalah Muslim Volunteer Malaysia (MVM)Mycare (Humanitarian Care Malaysia)Aman palestin (Aid For Freedom)Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) (MAPIM mengalakkan mahasiswa/i untuk menjadi sukarelawan di bawah mereka) Go Oversea (khidmat sukarelawan ke seluruh dunia, peserta sukarelawan adalah terdiri daripada pelbagai negara), Volunteer Forever dan banyak lagi. Kami yakin setelah anda mengikuti program khidmat sukarelawan ini, pastinya anda akan lebih mengenal kehidupan selain turut mengenal siapa sebenarnya diri anda.

Walau apa sekali pun ianya adalah pilihan anda, setiap keputusan itu ada kebaikan dan keburukan tetapi bergantung juga kepada sejauh mana pelajar memanfaatkan tempoh Gap Year itu. Apa yang penting dapatkan dahulu pandangan ibu bapa kerana kadang kala pandangan mereka lebih baik berbanding anda sebelum memohon untuk mengikuti program ini.  Diharapkan artikel ini, membantu anda membuat keputusan yang bijak untuk masa depan.

Anda juga boleh kongsikan pandangan anda diruangan komen sama ada program Gap Year ini berbaloi atau sebaliknya.

Sumber – afterschool.my

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

2 thoughts on “Apa itu Gap Year dan Berbaloi ke Jika Mahasiswa Mengikuti Program ini.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad