Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

UiTM dan UKM terpilih untuk memulakan program Gap Year September ini – Idris Jusoh

KUALA LUMPUR: UiTM kini sah menjadi universiti awam pertama yang melaksanakan program Gap Year pada pertengahan tahun ini.

Dua universiti telah dikenal pasti untuk memulakan program Gap Year September ini.

Datuk Seri Idris Jusoh berkata institut pengajian yang terlibat adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program itu, katanya membolehkan pelajar mengambil cuti selama setahun  untuk menjalankan aktiviti yang memberi manfaat terutamanya dalam bidang sukarelawan atau memilih untuk bertugas di dalam industri buat sementara.

Konsep Gap Year diperkenalkan supaya pelajar terdedah dengan kemahiran dan pengetahuan semasa yang diperlukan industri supaya pelajar akan lebih arif dalam menentukan hala tuju mereka sejurus tamat pengajian kelak. 

Walau bagaimanapun, kerajaan mengalakkan pelajar mendaftarkan nama mereka untuk menyertai khidmat sukarelawan sama ada dalam atau luar negara, misalnya menjadi tenaga pengajar di kem pelarian di luar negara atau menyertai kerja sukarela bersama pihak polis, imigresen dan kastam dan sebagainya.

Ini adalah salah satu cara untuk mematangkan fikiran mahasiswa dan menambah pengetahuan sekali gus bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan.

“Untuk satu tahun, pelajar boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sukarela atau melakukan kerja yang mereka minati.

“Bagi program yang akan datang, kami bekerjasama dengan pihak polis, tentera, JPAM (Pasukan Pertahanan Awam) dan Program Latihan Khidmat Negara untuk menawarkan jawatan kepada pelajar-pelajar ini,” katanya pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-21.

BACA : Mahasiswa UiTM Juara Pidato ASEAN Piala Aminuddin Baki

Antara jawatan yang dibuka kepada pelajar adalah pegawai kadet polis, pegawai tentera sementara atau pegawai JPAM.

“Selain memberi pengalaman kepada pelajar, program itu juga akan membantu mengukuhkan perpaduan dan menyemai semangat patriotisma”

Program ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk melahirkan graduan yang holistik, dengan keputusan akademik yang baik, pengalaman yang luas dalam industri dan cintakan negara.

Oleh itu, kepada anda yang bakal atau sudah bergelar mahasiswa, inilah peluang anda untuk memanfaatkan gap year dengan aktiviti yang berfaedah disamping memberi nilai tambah kepada anda.

Register.
Enjoy 10% Discount.

4 thoughts on “UiTM dan UKM terpilih untuk memulakan program Gap Year September ini – Idris Jusoh”

  1. Aku tak nak program ni
    Aku nak graduate dengan cepat. Tolonglah faham. Dah tua ke baru nak masuk degreee.

  2. dah lama menunggu program seperti ini, misalnya gap year utk bekerja sementara. Memang inisiatif kerajaan yang sangat bagus dalam melahirkan generasi yang holistik, mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Kalau ada peluang tahun ini atau tahun depan, saya juga akan menyertai program outbound.

  3. Pingback: Apa itu Gap Year dan Berbaloi ke Jika Mahasiswa Mengikuti Program ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad