Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Pengalaman Diberi Penghormatan Membawa Cokmar Diraja Di Majlis Konvokesyen Universiti of Adelaide

Hari ini kami akan kongsikan kepada anda semua mengenai kisah seorang doktor iaitu Dr. Syahrul Fitri yang menjadi pembawa cokmar diraja di University of Adelaide, Australia. Beliau dijemput untuk memberikan ucapan pada majlis konvokesyen PhD pada 17 September 2015. Diharapkan kisah ini memberi motivasi kepada anda!

‪#‎PhDforUmmah‬ ‪#‎PHD4U‬

Alhamdulillah. 17/09/2015. Graduation ceremony “PhD in Medicine” The University of Adelaide, Australia. Selain mendapat official PhD scroll, menjadi satu bonus saya menjadi mace bearer (‘pembawa cokmar diraja’) dalam majlis yang dihadiri para graduan pelbagai ijazah daripada Faculty of Health Sciences; School of Medicine, School of Medical Sciences, School of Nursing, School of Dentistry, School of Psychology, Faculty of Professions; School of Economics, Adelaide Business School, dan Faculty of Arts. Alhamdulillah.

Diperkenalkan kepada Canselor, Naib Canselor dan para academic procession yang disertai oleh professor-professor terbaik dalam pelbagai bidang, saya sebagai ‘orang baru’ berasa bersyukur dan teruja. Selain memberikan kata-kata semangat dan motivasi untuk kejayaan saya pada masa hadapan, mereka juga mengucapkan tahniah atas (1) outstanding academic achievement dalam tiga fakulti dan (2) excellent contribution to the institution and community; dua kriteria utama pemilihan mace bearer. Tidak pernah saya bayangkan akan mendapat prestij sebegini. Semoga semua yang membaca coretan saya ini mendapat inspirasi, motivasi dan positiviti bahawa kita sebagai orang Islam, Melayu dan Malaysia mampu mencapai kejayaan cemerlang apabila kita berusaha gigih ke arahnya. In-syaa-Allah Allah swt akan mempermudahkan dan percayalah kepada janji Allah swt bahawa setelah kesukaran akan dianugerahkan dengan kesenangan (surah al-Insyirah). Aameen.‪#‎MalaysiaBoleh‬

ADELAIDE GRADUATION CEREMONY AND THE SHORT SPEECH BY THE MACE BEARER

Ini adalah foto saya sedang memberikan speech. 17/09/2015 @BonythonHall. Of course I was very nervous but tried to act cool. Hehehe. Peluang memberi short speech yang cukup bermakna. Seorang yang berasal dari Kelantan, Malaysia menjadi ‘orang penting’ dalam sebuah majlis pengiktirafan pendidikan world-class terbaik di sebuah universiti di Australia. In-syaa-Allah saya akan kongsikan foto bersama mace pula nanti. Ada cerita menarik yang saya ingin kongsikan. NAK TAHU TAK? Heheh. Terima kasih!

Jazakumullah khair kathir ikhwah-ikhwah sahabat-sahabat di Adelaide atas bantuan terbaik. Terharu dengan kebaikan yang diterima. Moga perjumpaan dan perkenalan kita dirahmati Allah swt. Terima kasih kawan-kawan yang datang bergambar dan semuanya. Tak dapat nak sebut satu per satu.

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad