Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

‘Pelajar-pelajar Politeknik Memang Tak Ada Kualiti!’

Alhamdulillah, dapat masuk program matrikulasi,dapat masuk universiti ,dapat masuk kolej-kolej yang berprestij. Tapi ‘alaaa, why Politeknik?‘ Ingatlah, yang tentukan rezeki kita Allah SWT, bukan awak semua yang ‘ayam-ayam’ kan kami.

Gambar sekadar hiasan – Utusan Malaysia

Ada rakan sekelas yang dapat keputusan SPM 6A, 5A, tapi kenapa mereka berada di Politeknik? Dia ayam ke? Tidak, rezeki dia di Politeknik. Selama aku belajar di Politeknik, memang senang sangat nak score macam yang diperkatakan sesetangah pelajar IPTA yang lain.

Ya, senang score kalau tidak tidur malam, tahan mengantuk, tahan lapar, bersengkang mata, crit session kena reject dan lain-lain cabaran yang perlu kami tempuhi.

Politeknik tiada taraf? Ya, memang tiada taraf.

Sebab itu intake ijazah sarjana muda UPU, pelajar-pelajar politeknik dibenarkan untuk memohon dan diiktiraf. Eh salah! Sebab diiktiraf ke sebab tidak diiktiraf eh?

Keliru. Kalau buka website-website universiti di luar negara, kenapa ada tulis lepasan politeknik di Malaysia boleh mohon ya? Oh lupa, sebab tidak diiktiraf dan buat pengetahuan semua, bukan di Malaysia sahaja yang ada politeknik ini, di kebanyakkan negara lain pun ada politeknik.

Pembelajaran di Politeknik tidak bagus

Pembelajaran tidak baguslah politeknik ini. Betul la itu, memang tidak bagus. Sebab kami tidak dibiarkan macam itu sahaja oleh pensyarah-pensyarah kami. Pensyarah-pensyarah kami adalah lepasan universiti-universiti tempatan dan luar negara.

Memandang rendah Politeknik bermakna memandang rendah kepada universit-universiti lain juga. Medium pembelajaran yang kami gunakan semasa di Politeknik adalah di dalam Bahasa Inggeris. Nak tengok contoh buku-buku dan kertas peperiksaan kami boleh minta. Ya, sebab itu Politeknik ini ayam-ayam sahaja.

Poli ‘je’ pun dia tu.

Ya, Politeknik je pun. Namum ingat, seayam-ayam kami pun, tempoh latihan industri kami adalah selama 6 bulan. Apa agaknya yang kami belajar di sepanjang tempoh 6 bulan ini? Belajar proses ayam kah?

Untung jadi pelajar Politeknik, senang nak score, belajar tidak susah. Taklah, kami belajar senibina senang sahaja. Ukur pakai jari, tak pakai scale ruler. Design manual sahaja, tidak pernah kami belajar Autocad, sketch up,lumion ,revit dan lain-lain. Kami kuno, kami bejakar pakai pensil sahaja. Senang kan?

Ramai arkitek-arkitek yang diiktiraf di luar sana yang dulu belajar diploma mereka di Politeknik, begitu juga dengan golongon jurutera.

Terima kasih semua

Terima kasih, kepada yang ayam-ayamkan kami. Tepuk dada tanya diri sendiri, jika kita Iepasan IPTA yang berkualiti, kita tidak akan memperlekehkan dan memandang rendah pelajar lepasan IPT yang lain lain.

Yakinlah bahawa rezeki dan ketentuan hidup kita Allah SWT sudah tetapkan dan kepada sesiapa yang memandang rendah dan ayam-ayamkan Politeknik, sedarlah bahawa anda sudah ketinggalan.

Sumber – Ohmymedia

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Tips Menulis Tesis

HAPPY NEW YEAR PROMOTION!Get RM 10 Off For Your UiTM SweaterEnter Coupon Code : HNY19 Hurry! Limited For 30 pcs OnlyVisit https://t.co/HqVMTHITBq to find out

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad