Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Pelajar PhD Tajaan KPT Diberi Kelonggaran Lanjutkan Tempoh Pengajian

KUALA LUMPUR – Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di dalam dan luar negara di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan diberi kelonggaran untuk melanjutkan tempoh pengajian mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah tersebut adalah selaras dengan matlamat untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan yang bercirikan mesra rakyat disamping meneruskan amalan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Bagaimanapun, katanya pemberian tempoh pelanjutan yang ditetapkan tidak boleh dianggap sebagai automatik tetapi ia berasaskan kepada prinsip ‘merit of the case’ termasuk faktor kesulitan yang dihadapi pelajar serta sokongan dan perakuan daripada pihak universiti.

“Bagi pelajar di institut pendidikan tinggi (IPT) Amerika Syarikat, tempoh pengajian PhD adalah selama 48 bulan. Pelanjutan untuk kali pertama dengan Biasiswa Separa Penuh (bayaran yuran pengajian sahaja) boleh dipertimbangkan untuk tempoh selama enam bulan lagi.

“Bagi pelajar yang terdiri daripada pegawai dalam perkhidmatan, sekiranya masih gagal menamatkan pengajian dalam tempoh tersebut, pelanjutan kali terakhir bagi tempoh enam bulan lagi boleh dipertimbangkan tanpa Biasiswa dan tanpa gaji. Untuk lain-lain pelajar tiada pelanjutan kali terakhir dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

The one that you've been waiting for: UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series

Posted by Made In UiTM on Thursday, 7 December 2017

Idris berkata bagi pelajar di IPT United Kingdom, yang tempoh pengajian PhD adalah 36 bulan, pelanjutan kali pertama dan kedua masing-masing bagi tempoh tiga bulan dengan Biasiswa Penuh boleh dipertimbangkan.

“Sekiranya pelajar masih gagal menamatkan pengajian dalam tempoh tersebut, pelanjutan kali ketiga dengan Biasiswa Separa Penuh (bayaran yuran pengajian sahaja) boleh dipertimbangkan untuk tempoh selama tiga bulan lagi.

Bagi pelajar yang terdiri daripada pegawai dalam perkhidmatan, pelanjutan kali terakhir bagi tempoh tiga bulan lagi boleh dipertimbangkan tanpa biasiswa dan tanpa gaji. Untuk lain-lain pelajar tiada pelanjutan kali terakhir dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata bagi pelajar di IPT lain-lain negara dan juga tempatan yang tempoh pengajian PhD adalah 36 bulan, pelanjutan kali pertama dan kedua masing-masing bagi tempoh selama enam bulan dengan Biasiswa Penuh boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun, sekiranya pelajar masih gagal menamatkan pengajian dalam tempoh tersebut, pelanjutan kali ketiga dengan Biasiswa Separa Penuh (bayaran yuran pengajian sahaja) boleh dipertimbangkan untuk tempoh selama enam bulan lagi, katanya.

“Bagi pelajar yang terdiri daripada pegawai dalam perkhidmatan, pelanjutan kali terakhir bagi tempoh enam bulan lagi boleh dipertimbangkan tanpa biasiswa dan tanpa gaji. Untuk lain-lain pelajar tiada pelanjutan kali terakhir dibenarkan,” kata beliau.

Bagi pelajar yang terdiri daripada pegawai dalam perkhidmatan, permohonan tempoh pelanjutan biasiswa perlu dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT melalui ketua bahagian atau agensi masing-masing manakala bagi lain-lain pelajar, permohonan perlu dikemukakan terus kepada bahagian sama dengan menyertakan dokumen sokongan dan perakuan daripada universiti masing-masing, katanya.

Sumber – BERNAMA

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad