Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)Tentang Biasiswa

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

Kuota 1,500 peminjam sahaja setahun. Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun.

Permohonan dibuka 2 kali setahun. Permohonan sesi pertama telah dibuka pada 1 hingga 28 Februari dan permohonan kedua dibuka sekarang iaitu 1 hingga 30 Ogos 2017.

Tarikh Tutup

Aug 30, 2017

⁠⁠⁠Kriteria

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

SYARAT AM

  • Pemohon lahir di Negeri Selangor ATAU Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor ATAU Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)
  • Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN

IJAZAH SARJANA MUDA

Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas atau Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM atau Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

DIPLOMA

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM atau Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.

Sijil (IPTA)

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM

KRITERIA PEMILIHAN

Mengisi dan memuatnaik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP
Memenuhi semua syarat kelayakan memohon
Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga
Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira
Pemohonan yang memenuhi semua syarat kelayakan memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman

Amaun

  • Ijazah Perubatan (Perubatan/Pembedahan/Pergigian/Veterinar) (RM7000 SETAHUN) Ijazah Sarjana Muda (RM6500 SETAHUN)
  • Diploma (RM4900 SETAHUN)
  • Sijil (RM4000 SETAHUN)

Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.

* Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.

* Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.

Cara Memohon

  • Kepada yang berminat untuk memohon boleh klik disini untuk terus ke portal permohonan (Permohonan baru)
  • Bagi pemohon yang sudah memohon pada sesi-sesi lepas dan ingin menyemak status klik disini
  • Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga
  • Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan
  • Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya
  • Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan
  • Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga
  • Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa
  • Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri

KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar
Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja
Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad