Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Pelantikan Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara penghormatan dan kebanggaan buat UiTM

Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) menyambut baik dan melahirkan rasa bangga atas pelantikan alumni Fakulti Undang-Undang (FUU) Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Rabu lepas.

Presiden PAUiTM Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pelantikan Malanjum itu sekali gus melonjakkan lagi nama, prestasi serta kewibawaan produk institusi pengajian tinggi Bumiputera tersebut.

Beliau turut berharap Malanjum dapat menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.

“Kami berharap rakyat dapat menyokong pelantikan anak Sabah itu dan memberi peluang kepada beliau menjalankan tugasnya demi negara tercinta ini,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawang PAUiTM hari ini.

Sementara itu, Dekan FUU UiTM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menyifatkan Malanjum sebagai seorang alumni yang sangat rapat dengan fakulti tersebut.

Mentor, contoh pelajar

“Sebagai seorang hakim kanan di negara ini, Richard (Malanjum) dilihat sebagai mentor dan contoh baik bagi semua pelajar di universiti berkenaan.

“Sebagai alumni perintis FUU, Malanjum tidak pernah melupakan persada yang mengasuh dan membentuk dirinya menjadi seorang tokoh hebat dalam dunia perundangan negara,” kata Rahmat.

Beliau berkata Malanjum sentiasa memberi pandangan bernas kepada graduan undang-undang UiTM supaya ke hadapan dalam profesion tersebut, sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa.

“FUU UiTM dan PAUiTM amat berbangga mempunyai seorang alumni yang kini diberi kepercayaan dan penghormatan untuk mengetuai badan kehakiman negara,” katanya.

Malanjum mengikuti Program Luaran Sarjana Muda Undang-Undang (London) di Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1972-1975.

Beliau merupakan anak kelahiran Bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia.

– Bernama

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad