Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Penangan Final Year Project

Al kisahnya kami budak Art n Design . Bachelor of Textile Design ( hons ) budak-budak textile pengalaman paling menarik and tak akan pernah ku lupakan with semester akhir degree haritu tu , masa tu kitorg kene siapkan final year projek iaitu batik 4 meter , bayangkan 4 meter lepastu corak-corak yang crowded berlayer-layer lagi batik tu terpaksalah kami siapkan dlm masa 2 weeks .

Masa tu nk kene trace dulu atas kain , pastu canting then baru masukkan warna , time tu memang rushing gile sebab kitorg ada preview final year project then lecturer sume akan judge la .

Dah la bengkel bwh tanah tu dgn tak cukup ruangnya kami terpaksa guna stor untuk hamparkan batik 4 meter tu sangat median and dugaan, nak nangis pun ada time tu. Bengkel biasa tutup pukul 5 petang tp kami mintk dia tutup sampai malam , tapi En technicians tak bagi.

Terpaksalah buat cepat-cepat SEBAB sampai kul 5 je. Lagi satu kitorg tak fokus kat batik je. Kitorang ada kelas lain jugakkk , ideation, graphic textile sampling sume 5 subject ambik last sem sbab tu rushing sangat buat batik smpai la satu masa kami kene siapkan 3 hari sebelum preview tu kami mintan nak balik malam kat technician sebab nak siapkan batik .

Pujuk-pujuk baru la boleh, tu pun kul 12 da kena balik. Dah la bengkel tu jauh. Kitorg sume perempuan bahaya jugak kan kat bawah tu pun agak keras jugak tapi beranikan diri je dahlah tempat saya dekat belakang sekali dekat pntu belakang apa-apa saya yang kene dulu.

Haahaha mcm bongok je pemikiran time tu sy memang penakut sikit buat kerja. Tak tenang sebab dekat belakang sekali aduhai. Tepat kul 12 kami balik saya dan beberapa kwn yg lain naik moto tu pun sy tumpang kwn , yg lain ni balik jalan dari Kolej Mawar bayangkan malam-malam naik Rapid.

Last-last kami buat keputusan naik moto bertiga. Memang gila la time tu bahaya pun ada tapi pikirkan pasal kawan tadi tu ketawa bersama menangis bersama kitorg redho je takut gak pakgad round ka nak jawab apa.

Huhu , esoknnya lak macam biasa balik sebelum kul 12 time tu buda-budak takde cuti midterm tak silap kami tak balik kampung stay buat kerja kat bngkel. Pada masa yang sama technicians cuti then bagi kunci dekat ketua kelas. My roommates.

So kitorg amik keputusan untuk bermalam kat situ sebab nak siapkan cepat bayangkan dari pagi smpai ke pagi balik semula dah rehat pun jap je time makan time solat. Makan pun tak tentu sebab jauh luar uitm pulak kan.

So buat punya buat kul 3 pagi sume da ngantok pintu sume da kunci. Sorang-sorang rehat jap dekat atas meja printing tu . Kotor ke ada warna ke lantak da mase tu sebab badan penat sangat tuhan je tahu.

Last-last kami terlelap sekejap. Bangun-bangun kul 5 pagi sambung buat lagi sampai la siap, kul 10 tu sempat tacap sikit lepastu balik la rehat..

Huhu itula antara kisah menarik ada byk lg sebenarnya budak art je tahu. Hehee apa-apa pun pengalaman mendewasakan. Tak boleh lupa saat tu rindu classmate sume . n now kitorg da grad haritu bru lg 17 April haritu konvokesyen ke 86 sidang 4 . Alhamdulilah segala penat lelah terhasil jugakkk

Syg Sgt kwn2 uitm sume . UITM dihatiku

=======================================================================

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad