PUTRAJAYA: Semua 20 Universiti Awam (UA) di negara akan menjadi ‘kampus pintar’ menjelang Jun tahun depan sebagai salah satu inisiatif ke arah mendepani cabaran Pendidikan Tinggi 4.0.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata ia akan dinilai sebagai salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dicapai UA, oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Beliau berkata ‘kampus pintar’ adalah kampus berkonsep digital membabitkan penggunaan teknologi untuk urusan seharian warga universiti, yang berkaitan pendidikan atau pentadbiran seperti mengguna pakai aplikasi bacaan kod Respons Pantas (QR) sebagai pengenalan penuntut di kampus.
Made from real passion! Be proud of what you're made of. Get yours now at https://t.co/W2FAwFep4V or visit https://t.co/VXeEKdqq2e pic.twitter.com/tjgHDV7fVU
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017
“Mereka akan menggunakan kod QR untuk sebarang pembelian, pendaftaran atau meminjam buku di perpustakaan sekali gus mewujudkan kampus tanpa tunai atau kad.
“Setakat ini dua UA iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sudah mengaplikasikan konsep ‘kampus pintar’ di universiti mereka,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Government Linked University (GLU) Forum 2017 di sini, hari ini.
GLU Management Forum 2017 adalah anjuran empat gabungan universiti di bawah Industry Driven Higher Education Alliance (IDEA) iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Forum berkenaan membincangkan mengenai impak dan cabaran Revolusi Industri 4.0 terhadap pengajaran dan pembelajaran; penyelidikan dan inovasi serta pembangunan mahasiswa dalam peringkat pendidikan tinggi negara.
Mengulas lanjut, katanya ‘kampus pintar’ adalah sebahagian dari usaha ke arah mendepani cabaran Pendidikan Tinggi 4.0 yang sedang dirangka KPT bagi menepati permintaan dan cabaran Revolusi Industri 4.0.
Katanya, sejak Julai lalu, KPT membangunkan rangka kerja Pendidikan Tinggi 4.0 berdasarkan maklum balas daripada lebih 3,500 orang daripada pelbagai peringkat dan bidang kepakaran.
“Menerusi empat elemen utama iaitu Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum Fleksibel; Tadbir Urus Cekap; Penyelidikan 4.0 dan Bakat, rangka kerja Pendidikan Tinggi 4.0 diharap dapat dilengkapkan menjelang Disember ini.
“Persediaan oleh pensyarah ke arah Pendidikan Tinggi 4.0 saya lihat amat positif dan mereka sangat bersemangat ke arah itu terutama di kalangan generasi muda. Malah ada daripada mereka yang sudah mempraktikkan pengajaran secara interaktif kepada pelajar masing-masing,” katanya. – Berita Harian
Cherish this moment with friends! Buy at least a pair and enjoy flat rate price of RM80/pcs!!
Grab yours now!https://t.co/W2FAwFep4V pic.twitter.com/rfNFicA47Z
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 25, 2017