9 Lagi Perkara Pelajar Universiti Tahun Pertama Harus Tahu.


Waktu di Universiti adalah satu fasa yang menarik buat seseorang pelajar kerana ianya seperti melangkah ke dunia yang baru, berkenalan dengan rakan-rakan baru, dan menimba pengalaman baru. Namun perkara-perkara ini boleh menjadi suatu pengalaman yang membosankan jika pelajar-pelajar tahun baru ini tidak mempunyai idea yang jelas tentang mengapa mereka masuk ke universiti. Pastikan bakal pelajar tahun baru membuat yang terbaik menggunakan tip-tip pelajar baru ini.

1. Cuba yang terbaik untuk dapat GPA tertinggi.

Tidur sememangnya sesuatu perkara yang syok untuk dilakukan bagi seseorang yang bergelar mahasiswa. Sebagai seorang mahasiswa anda bebas untuk melakukan apa sahaja, bermain permainan video, futsal, melepak bersama rakan-rakan dan banyak lagi. Akan tetapi tanggungjawab menyelesaikan tugasan akademik yang diberi dan kedatangan kelas tidak seharusnya diabaikan. Jika anda berniat untuk menyelesaikan tugasan akademik kemudian, maka anda terpaksa berebut untuk menyelesaikan longokan tugasan dalam masa yang singkat dan kualiti kerja serta prestasi semester anda pastinya akan terjejas. Mendapatkan GPA yang tinggi pada semester pertama adalah penting kerana ianya memudahkan anda untuk mengekal CGPA pada semester berikutnya. Jika anda mendapat GPA yang rendah, ianya amat sukar untuk dinaikkan semula pada semester-semester yang berikut.

 

2. Bergaul!

Ketika memasuki alam universiti, pastinya para mahasiswa akan berjumpa dengan rakan-rakan baru dari seluruh negeri yang ada di Malaysia. Loghat bahasa dari pelbagai negeri ini pasti suatu perkara yang mengujakan bagi para pelajar kerana dapat merasai pengalaman berkomunikasi dengan rakan baru yang berasal dari negeri negeri yang belum pernah kita tujui sebelum ini. Waktu ini kita membuat kenalan baru dan membina rangkaian untuk tujuan pembelajaran ataupun perniagaan. Mana tahu boleh jadi business partner.

3. Membuat kenalan dengan orang yang lebih pandai di dalam kelas.

Dengan cara ini anda mungkin boleh mengulang kaji bersama, meminjam kerta ujian lama dan nota mereka serta laporan makmal. Tujuannya bukan untuk menipu tetapi menggunakan sumber dan kenalan anda dengan bijak bagi membantu menyiapkan tugasan anda dengan betul. Sebagai balasan, anda boleh membantu mereka dalam mata pelajaran yang mereka lemah ataupun aktiviti-aktiviti kurrikulum.

 

4. Beli buku teks daripada senior ataupun secara online

Memang tak dapat dinafikan buku teks untuk silibus universiti memang mahal belaka. Fotokopi buku teks adalah sesuatu perkara yang melanggar etika dan para pensyarah selalunya akan menasihatkan pelajar supaya tidak menggunakan cara ini kerana pihak universiti boleh dituduh bersubahat membiarkan pelajar membuat salinan/fotokopi secara tidak sah jika diketahui pihak penerbit. Jadi, jalan yang paling mudah bagi pelajar untuk mendapatkan buku dengan harga yang lebih murah ialah dengan membelinya daripada pelajar senior program anda. Walaupun berstatus terpakai, ianya masih boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran. Selain itu, Twitter juga ada saluran yang berguna untuk mencari buku terpakai terutamanya di awal semester.

 

5. Selalu berhubung dengan keluarga.

Ya, memang anda perlu membuat kenalan baru dan rakan-rakan di kolej. Ini tidak bermakna anda harus mengabaikan keluarga anda yang sentiasa menyokong anda dan memberikan galakkan  untuk anda berada di mana anda berada hari ini. Beri mereka panggilan menerusi telefon ataupun Skype, tunjukkan bahawa mereka selalu diingatan.

 

6. Mengekal hubungan dengan kawan-kawan sekolah anda.

Kekalkan hubungan dengan rakan-rakan sekolah anda. Ketika memasuki alam universiti, akan berlaku situasi di mana anda akan tidak berhubung dengan kawan-kawan lama kerana asyik dengan dunia baru anda. Jangan biarkan ianya berterusan kerana akan merosak jalinan hubungan yang telah tercipta setelah sekian lama. Jangan lupakan rakan-rakan yang sentiasa ada untuk kita sewaktu di alam persekolahan. Walaupun hubungan yang terputus boleh diperbaiki akan tetapi perasaannya mungkin berbeza. Sentiasa ikuti perkembangan mereka di laman sosial dan sebagainya.

 

7. Belajar daripada kesilapan

Pelajar-pelajar tahun baru pasti tidak akan boleh lari daripada pujukkan untuk menyertai MLM (Multi-level Marketing) atau skim piramid. Sindikit ini banyak berlaku di peringkat universiti kerana dalang mereka tahu bahawa mahasiswa senang dipujuk untuk sertai. Ini kerana para pelajar selalu bercita-cita untuk membuat duit tepi, dengan ini mereka terdedah kepada helah dan janji-janji manis MLM ini. Jika sudah tertipu, pelajari la daripada kesilapan anda. Kehidupan di univervisti bukanlah sekadar pembelajaran di dalam kelas tetapi pembelajaran mengenai kehidupan. Belajar bagaimana untuk kembali dari kesilapan adalah sebahagian besar pengalaman penting yang harus dipelajari di universiti.

 

8. Berhati-hati dengan MLM (Multi-Level Marketing)

Bila dah jumpa kawan-kawan baru, biasanya akal kita pun akan menjadi panjang. Melakukan perkara yang gila-gila bersama kawan-kawan memang satu pengalaman manis yang tak dapat dilupakan sampai bila. Akan tetapi setiap pelajar seharusnya ingat bahawa jangan melakukan perkara-perkara yang anda tahu mungkin membahayakan nyawa, kesihatan atau imej diri kerana anda akan menyusahkan diri sendiri jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

9. Pengurusan Masa

Kemahiran pengurusan masa tersangatlah penting bagi seseorang mahasiswa itu jika ingin meneroka semua aspek kehidupan yang ditawarkan di alam universiti. Selalunya akan ada aktiviti, acara sosial, acara akademik, lawatan, kerja rumah, dan ujian yang perlu dihadapi para pelajar pada semester pertana. Jadi pengurusan masa yang baik adalah wajib bagi pelajar universiti dan semester yang pertama adalah masa yang sesuai untuk anda kuasai kemahiran pengurusan masa yang baik.

10. Belajar mengenal hala tuju kehidupan anda.

Fikirkan apakah masa depan yang inginkan untuk diri anda dan keluarga. Waktu di universiti adalah waktu yang sesuai untuk mematang diri anda dan berfikir secara rasional akan apa yang anda mahukan di dalam hidup. Ini tidak bermakna anda harus memikirkan soal ini setiap masa, biarkan diri anda melalui pengalaman-pengalaman di universiti seperti bertemu rakan-rakan baru, meneroka dunia ilmu, dan sebagainya.

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

Biasiswa Top Glove 2017
UiTM di ❤ ku

Biasiswa Top Glove 2017

TENTANG BIASISWA Kumpulan Wang Biasiswa Top Glove telah ditubuhkan dengan objektif untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan untuk mengikuti kursus ijazah pertama secara sepenuh masa

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad