Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Permintaan Gaji Yang Tidak Munasabah Punca Siswazah Menganggur – Jobstreet.com

Platform carian kerja paling popular di Malaysia, Jobstreet.com menerusi kaji selidik yang dilakukan telah mendedahkan jumlah gaji yang dipohon oleh siswazah di negara ini adalah tidak munasabah. Permintaan gaji yang tidak realistik itu menjadi punca utama kenapa siswazah di negara ini gagal ditawarkan pekerjaan oleh pihak majikan.

Ketua Komunikasi Serantau Jobstreet.com, Simon Si berkata, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan pihaknya, sebanyak 68 peratus siswazah meminta jumlah gaji yang tidak realistik, sekali gus menyebabkan bakal majikan menolak permohonan kerja mereka.pencapaian akademik. Bahasa Inggeris saya juga bertaraf kampung, hanya mendapat skor B3 ketika SPM dan Band 4 untuk MUET.

Simon Si, Ketua Komunikasi Serantau Jobstreet.com dalam majlis pelancaran Garis Panduan Kerjaya Jobstreet di Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

“Kadangkala terdapat syarikat yang tidak boleh memenuhi permintaan tersebut kerana di luar kemampuan mereka, tambahan pula gaji ditawarkan sudah memadai dengan tuntutan pasaran.

“Para pemohon kerja kena faham bahawa mereka perlu meminta gaji berdasarkan permintaan pasaran dan kerjaya yang kritikal seperti bidang farmasi,” kata­nya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Garis Panduan Kerjaya Jobstreet di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di sini hari ini.

Pada masa sama beliau memaklumkan, latar belakang tempat pengajian kini bukan lagi menjadi keutamaan para majikan untuk mengambil siswazah bekerja tetapi personaliti diri, kemampuan berkomunikasi dengan baik menjadi pilihan majikan. Katanya lagi, sebanyak 64 peratus majikan tidak kisah sama ada pemohon kerja itu siswazah universiti tempatan atau luar negara termasuk tidak mengambil kira lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Selain itu, kaji selidik tersebut turut mendedahkan 51% pengangguran adalah dalam kalangan siswazah universiti awam berbanding hanya 34% pengangguran adalah dari IPTS. Pendedahan ini tentunya menimbulkan persoalan kenapa siswazah IPTS lebih menjadi pilihan majikan berbanding siswazah keluaran IPTA .

Diharapkan juga satu kaji selidik menyeluruh pihak KPT bagi mengesahkan kesahihan hasil kaji selidik yang dilakukan pihak Jobstreet untuk memastikan bahawa benar permintaan gaji tinggi menjadi punca siswazah menganggur atau pun ada sebab-sebab lain yang lebih utama.

BACA: Kajian ini Buktikan Berlaku Diskriminasi Terhadap Graduan dan Pemohon Kerja Kaum Melayu.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad