Kajian Ini Buktikan Berlaku Diskriminasi Terhadap Graduan Melayu

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Kajian ini Buktikan Berlaku Diskriminasi Terhadap Graduan dan Pemohon Kerja Kaum Melayu

Kita selalu mendengar bahawa graduan dan pemohon kerja berbangsa Melayu sering didiskriminasi untuk diambil berkerja dalam sektor swasta. Adakah perkara ini benar-benar berlaku di dunia realiti atau ianya sekadar stereotaip mengenai alam perkerjaan di sektor swasta? Kaji selidik ini membuktikan bahawa perkara ini benar-benar berlaku

Penyelidikan terbitan Journal of Asia Economy yang hasilkan oleh penyelidik dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ‘Discrimination in high degrees: Race and graduate hiring in Malaysia‘ menunjukkan perkara ini benar-benar berlaku.

Berikut adalah abstrak kajian tersebut

Kertas kajian ini mengkaji diskriminasi kaum dalam pengambilan graduan ijazah baru ke dalam sektor perkerjaan swasta di Malaysia melalui uji kaji lapangan. Kami menghantar sebilangan resume rekaan yang terbahagi kepada graduan berbangsa Melayu dan Cina kepada iklan pekerjaan, kemudian menganalisis perbezaan antara calon yang dipanggil balik ke temuduga mengikut identiti kaum disamping mengawal untuk ciri-ciri pemohon, profil majikan dan keperluan pekerjaan. Kami mendapati bahawa perkara seperti bangsa lebih penting daripada kualiti resume, dengan bangsa Melayu sebagai populasi majoriti di negara ini – mendapat panggilan balik temuduga yang lebih rendah berbanding kaum lain. 

Faktor-faktor lain termasuklah kemahiran penggunaan pelbagai bahasa, bahasa yang menjadi syarat untuk sesuatu pekerjaan dan profil majikan serta pengaruh majikan yang berat sebelah. 

Pemohon yang fasih dalam penggunaan bahasa Cina mempunyai peluang yang lebih baik untuk dipanggil ke temuduga, syarikat-syarikat yang dimiliki usahawan berbangsa Cina dan syarikat antarabangsa lebih cenderung untuk memihak kepada resume pemohon Cina, menunjukkan bahawa keserasian budaya menjadi sebahagian daripada faktor diskriminasi yang berlaku. 

Resume pemohon Melayu lebih cenderung untuk dilihat dan dianggap sebagai tidak bagus, dan sikap majikan terhadap dasar awam kerajaan, terutamanya berkaitan dengan kualiti pendidikan dan peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Ringkasan

Melalui kasi selidik ini, penyelidik telah menghantar sebanyak 3000 resume rekaan yang terbahagi kepada dua kaum, iaitu kaum Melayu dan Cina sahaja kepada syarikat-syarikat swasta yang terlibat dalam sektor kewangan dan kejuruteraan.

Kajian ini mendapati bahawa :

  • Resume pemohon berbangsa Cina mendapat panggilan temuduga lebih tinggi, iaitu sebanyak 22.1 % berbanding resume pemohon berbangsa Melayu, iaitu hanya 4.2 % sahaja.
  • Resume Melayu dengan penguasaan bahasa Cina mendapatkan kadar panggilan balik yang lebih tinggi
  • Graduan Melayu dari universiti swasta mendapatkan panggilan balik yang paling rendah
  • Bilangan graduan Melayu yang mendapat panggilan temuduga jauh lebih rendah di sektor kejuruteraan berbanding sektor kewangan.
  • Graduan Melayu mendapatkan kadar panggilan balik yang lebih rendah di semua syarikat-syarikat pemilikan bangsa Cina, asing dan syarikat-syarikat Melayu yang termasuk di dalam kajian ini. Ada sebilangan syarikat-syarikat milik bangsa Melayu memihak kepada pemohon berbangsa Cina berbanding orang Melayu.

Mengapa ianya berlaku?

Menurut kaji selidik ini, para penyelidik membuat teori akan kenapa fenomena ini berlaku berdasarkan data yang dikutip iaitu :-

  • Keserasian budaya dan keupayaan bertutur pelbagai bahasa. Majikan yang mempunyai pekerja majoriti berbangsa Cina melihat bahawa graduan Melayu kurang cenderung untuk mengambil pekerjaan yang ditawarkan (atau berhenti dalam masa beberapa bulan), graduan Melayu juga mempunyai kecenderungan untuk merasa tidak selesa dalam persekitaran tempat kerja multi-national.
  • Pemohon Melayu mendapat tanggapan yang negatif. Ini dapat dijelas menerusi mengapa resume rekaan pemohon Cina mendapatkan kadar panggilan balik lebih tinggi daripada pemohon Melayu. Tiada sebab yang kukuh yang dapat menjelas kenapa isu berlaku. Walau bagaimanapun, para penyelidik menjelas bahawa ia mungkin disebabkan oleh stereotaip negatif mengenai graduan Melayu.
  • Tahap pendidikan yang rendah dan sektor awam. Majikan berbangsa Cina lebih cenderung untuk bertanggapan bahawa graduan berbangsa Melayu mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah dan mereka mendapat peluang yang lebih baik disektor awam. Namun tiada kaji selidik yang membuktikan bahawa perkara ini benar.

Kesimpulannya

Melalui kaji selidik ini, diskriminasi terhadap graduan-graduan berbangsa Melayu yang baru tamat pengajian benar-benar berlaku. Ini dapat dibuktikan di mana hanya sebanyak 4.2 % resume rekaan pemohon graduan Melayu mendapat panggilan semula temuduga berbanding 22.1 % resume rekaan pemohon graduan berbangsa Cina.

Ini bermaksud kurang peluang untuk graduan-graduan Melayu menyertai alam perkerjaan di sektor swasta dan ini menyebabkan mereka terpaksa mengambil kerja dengan gaji lebih rendah dan terperangkap dalam kelas ekonomi yang lebih rendah.

Fenomena ini dapat menjadi penjelasan kepada kenapa penguasaan ekonomi Melayu begitu rendah walhal mereka adalah populasi majoriti di negara ini.

Apa yang boleh graduan berbangsa Melayu lakukan?

Berdasarkan kajian ini masalah-masalah yang diutarakan oleh kaji selidik ini, ada beberapa inisiatif yang boleh diambil graduan berbangsa Melayu untuk mendapat peluang yang lebih baik dan meloloskan diri dari stereotaip cetek ini, antaranya ialah :-

  • Graduan Melayu perlu lebih kompetitif dan berkerja lebih keras agar dapat mencerminkan nilai-nilai bagus dan disenangi majikan. Mentaliti berkerja mestilah diubah ke arah mencapai matlamat jangka panjang dan memperoleh kehidupan yang lebih baik untuk diri anda dan keluarga.
  • Mempertingkatkan pergaulan dan komunikasi antarapersonal dengan bangsa-bangsa lain tanpa perlu menjejaskan identiti sendiri. Jadikan diri anda seorang yang mudah didekati dan hormat-menghormati.
  • Mengambil class Bahasa Mandarin. Memang tidak dapat dinafi bahawa kebanyakkan syarikat swasta di Malaysia di miliki oleh bangsa cina dan syarikat antarabangsa. Jadi adalah penting untuk graduan Melayu berkebolehan berutur dalam bahasa Mandarin untuk mendapat peluang yang lebih baik kerana melalui kaji selidik ini, graduan Melayu yang boleh berutur dalam bahasa Mandarin mendapat panggilan temuduga yang lebih tinggi.

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE