Kina nak cerita sesuatu yang menarik tentang student Korean. Kebanyakan student korean yang Kina kenal, boleh dikatakan semuanya taknak graduate awal, semua nak extend Masters diaorang.
Sebab bagi diaorang lagi lama extend lagi banyak diaorang dapat belajar. Semuanya sambung Masters sebab diorang memang betul-betul minat untuk belajar dan bukannya sebab kejar sijil semata-mata.
Contohnya seperti kawan lelaki Kina yang dalam gambar ini merupakan student paling cemerlang di department ini.
Dia hari-hari tidur di studio siap dah buat studio macam rumah sendiri sedangkan rumah dia setengah jam sahaja dari Uni, and he frequently join exhibitions & won several painting competitions sampai mencecah ribuan ringgit. Lukisan banyak gila mungkin ada 40-50keping dlm masa 2 tahun.
Tapi bila Kina tanya dia, bila nak start thesis? Bila plan utk solo exhibition? (Solo exhibition tu syarat utk kami grad selain thesis) Dia jawab i dont know yet, maybe next year. Kina trkejut gila ‘but you already have so much paintings! You can do solo anytime’, and he said, ‘I want to join this-and-that-exhibition this year, so I can’t do solo yet, I will do new paintings for my solo’.
Ramai lagi colleague Kina yang matured students umur 30-50yrs old, sampai sekarang masih belajar dan bagi diaorang itu sesuatu yang normal. Prof Kina sendiri cerita dia buat Phd kat India sampai 10 tahun baru dia balik.
Berbeza dengan pemikiran kita di Malaysia, semuanya berlumba-lumba untuk dapatkan sijil right on time atau dianggap lebih hebat kalau dapat complete belajar lebih awal dari jangkaan masa (tak dinafikan mmg hebat pun). Tapi kalau extend semester dianggap student tu kurang pandai / malas belajar / failed subjects. Kalau kena buat sesuatu project and if we can’t complete it in time given, jadinya ramai student yang akan buat kerja cincai asal siap, asal pass, asalkan dapat sijil. Instead of extending the time to produce better quality of work, and eventually gaining better knowledge.
Jadi kepada adik-adik dan kawan-kawan yang masih belajar, tak perlu rasa bersalah atau malu kalau nak extend semester awak, sebab ingat lah, dekat Korea ramai student yang purposely taknak grad on time sebab bagi diaorang kalau extend lagi banyak ilmu yang diorang dapat belajar.
Kina juga ada jelaskan dengan lebih lanjut tentang mengapa Pelajar Korea suka extend tempoh belajar dan bagaimana mereka atasi masalah kewangan untuk belajar di sini
Sambungan
Kawan-kawan Korean Kina kat korea ni semuanya very-very hardworking (ini betul tak tipu, even Kina lagi banyak main dari diaorang hihihi, dari 9am – 11pm kat studio working non stop.
Dan mereka belajar dengan begitu bersungguh-sungguh bukan buat kerja sambil lewa. Kelas kitaorang seminggu 3 kali sahaja, tapi diorang datang buat kerja kat studio hari-hari sampai tengah malam. Lagi sekali Kina bagitau, mereka adalah pelajar yang cemerlang. Tapi bagi mereka 2 tahun belajar Masters tak cukup, jadi mereka teruskan sampai 4-5 tahun buat Masters sahaja. Mereka tak pernah bosan untuk belajar.
Tentang finance, semua pelajar Korean bayar kos pembelajaran sendiri. Untuk pengetahuan, kesemua pelajar korea tidak menerima sebarang bantuan kewangan untuk belajar, so memang tiada istilah study loan / scholarship utk mereka. Ada kawan Kina yang pause setahun dua untuk kumpul duit utk teruskan belajar lagi. Dan kebanyakan classmate Kina mereka sambil buat part time job (private tutoring, kerja kat cafe etc) untuk support diri sendiri.
Yuran pengajian setiap semester mereka bayar hampir 3 juta won (RM10,000 lebih kurang). Ini tak termasuk material-material belajar mcm buku, canvas, alat-alat melukis yang sememangnya mahal. Ada yg matured students siap ada family dan anak-anak dah berderet pun masih register untuk Master/Degree.
Memang culture Korean ni mereka belajar sampai ke tua. Kina pernah buat part time private tutoring (english) kepada 2 orang student tahun lepas, yang sorang umur 45 tahun (professor), dan sorang lagi umur 55 tahun (businessman), walaupun dah berusia, sibuk dgn kerja dan dah berjaya tapi mereka sentiasa cari masa dan tak malu untuk belajar benda baru.
Kina cuma share budaya education di Korea yang Kina nampak supaya org kita di Malaysia nampak perbezaannya, dan boleh ambil perkara-perkara yang baik untuk dicontohi. Okay?
Sumber – Sakinah , The Vocket
2 Responses
Sungguh mengagumkan
Hai kina saya sudah lama berniat mahu sambung degree di u @ kolej di korea bagaimana mahu apply ye
Harap kina dapat membantu