Pekeliling UPU bagi permohonan sesi 2018/2019 telah dimuat naik oleh pihak UPU. Hasil penelitian kami beberapa pembaharuan/perubahan terkini yang dibuat oleh UPU bagi memastikan proses permohonan dan pemilihan kelak berjalan dengan lancar. Menerusi artikel ini kami kongsikan pembaharuan/perubahan berkenaan.
Perubahan/info terbaru untuk semua pemohon
- Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian
- Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khassahaja yang ditetapkan oleh UA
- Program pengajian yang melepasi syarat am universiti dan syarat khas program yang telah ditetapkan sahaja akan terpapar dalam senarai pilihan
- Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan boleh membuat semakan permohonan melalui paparan Dashboard di laman utama UPUOnline
- Sekiranya pemohon gagal ditawarkan, pemohon boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline
- Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari bekerja selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan
- Program pengajian yang layak dan mempunyai kekosongan tempat sahaja akan terpapar semasa permohonan rayuan dibuat kelak
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan SPM/ Setaraf
- 8 program pengajian boleh dipilih dan pemohon wajib memilih sekurang-kurang 5 program pengajian daripada 8 pilihan.
- Jika calon tidak berminat dengan program pengajian di UA/Politeknik Premier, calon boleh skip/tidak mengisi 8 pilihan program tersebut. Calon boleh terus mengisi 5 pilihan program/kursus di Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA dan sebaliknya.
- Pemohon juga dibenarkan untuk membatalkan salah satu permohonan untuk permohonan ke UA/Politeknik Premier atau Program TVET-ILKA dalam UPUOnline tetapi perlu berhati-hati kerana jika calon membatalkan salah satu permohonan, ia dianggap calon tidak berminat untuk dipertimbangkan dalam pemilihan.
- Permohonan rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA juga boleh dibuat terus kepada agensi/institusi berkenaan.
Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan STPM/STAM
- Terdapat 12 pilihan program pengajian
- Anda hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 08 Mac 2018 iaitu selepas keputusan STPM 2017 diumumkan.
- Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil mana – mana dua (2) subjek berikut di peringkat STPM ;- Matematik M/ Matematik T/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )/ Sains Sukan
- Anda hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12).
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan Matrikulasi KPM/Asasi sains UM/Asasi UiTM
- Anda hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1 semasa permohonan fasa 1 dibuka.
- Anda hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 08 Mac 2018
- Anda dikehendaki mengemaskini permohonan di fasa 2 dengan memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester Akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan.
Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan Diploma/Setaraf
- Hanya calon yang tamat pengajian sehingga Ogos sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan kemasukan pelajar.
- Calon yang belum tamat dan hanya akan tamat pengajian selepas Jun hingga Ogos 2018boleh mengemas kini tarikh tamat pengajian dan memuatnaik dokumen terkini semasa permohonan rayuan untuk dipertimbangkan.
- Pemohon Lepasan Diploma/Setaraf wajib memuatnaik dokumen dalam format PDF setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat.
- Dokumen perlu dimuatnaik dalam UPUOnline sebelum atau pada 13 April 2018. Kegagalan pemohon memuatnaikkan dokumen yang diperlukan boleh menyebabkan pemohon tidak dapat dipertimbangkan kemasukan ke UA.
Apa yang kami kongsikan ini adalah perubahan terkini dalam permohonan UPU 2018/2019 bukan proses permohonan. Untuk panduan permohonan yang lain, akan dikongsikan dalam artikel yang seterusnya. Semoga bermanfaat untuk anda. Buatlah permohonan yang bijak dan jangan ada yang tersilap langkah memilih laluan yang merugikan. Semoga berjaya.
Sumber – Afterschool