Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi 2018

Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi bagi tahun pengambilan sesi 2018 / 2019 boleh dibuat secara online pada 1 Julai 2017.

Pemohon yang berkenaan terutamanya calon SPM 2017 sila ambil maklum bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2017. Sila buat permohonan sebelum tarikh tutup sepertimana yang telah dinyatakan

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2018

Permohonan kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di kolej-kolej Matrikulasi bagi tahun pengambilan sesi 2018 / 2019 hanya boleh dibuat secara online melalui sistem Aplikasi Permohonan yang dibuka bermula pada tarikh sepertimana telah ditetapkan.

Permohonan Dibuka : 1 Julai 2017

Permohonan Ditutup : 30 November 2017

Syarat Kelayakan Permohanan

Pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018 dan menghantar borang permohonan online sebelum atau pada 30 November 2017.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan adalah secara online dan boleh dibuat menerusi portal rasmi sistem aplikasi permohonan Matrikulasi dimana pelajar (pemohon) perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) dengan membayar RM10.06 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah.

Pelajar juga boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.

Rujuk harga pembelian PIN BSN bagi Organisasi Bahagian Matrikulasi disini

Calon boleh mula membuat permohonan dengan terlebih dahulu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor PIN yang telah dibeli di laman Aplikasi Permohonan, klik pada judul pautan berikut : Borang Permohonan Online Kolej Matrikulasi Sesi 2018

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083.

Selamat membuat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2018 Online untuk pelajar lepasan SPM 2017 dan semoga anda berjaya.

Sumber – InfoPelajar

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad