Permohonan Masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dibuka Sekarang

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Permohonan Masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dibuka Sekarang

Bagi pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM, ada berita baik, anda sudah boleh mula membuat permohonan yang dibuka mulai hari ini. Permohonan dibuka untuk anda yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana (master) & Phd.

Syarat Umum Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan akademik umum untuk kemasukan ke program ijazah sarjana UIAM mengikut lulusan STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM adalah seperti berikut :

  • Lulus di peringkat SPM atau bersamaan dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya Kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau setaraf
  • Kredit dalam “Pendidikan Islam” / “Tasawwur Islam” / “Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah” / “Pendidikan Islam Syariah” di peringkat SPM atau setaraf
  • Kredit dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran dalam SPM / setaraf

Syarat Kelayakan Lepasan Diploma

  • Bagi lepasan diploma atau mana-mana Kelayakan Setara yang lain dengan PNGK 3.00 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti

Syarat kelayakan Lepasan STAM

  • Lulus di peperiksaan STAM dengan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan

Syarat Kelayakan Lepasan STPM

  • Lulus peperiksaan STPM dengan PNGK 3.00 atau sekurang-kurangnya: Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam Kertas Am; Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam dua [2] mata pelajaran lain yang diambil

Memiliki kelayakan “Malaysian University English Test” (MUET) mengikut syarat khas program yang dipohon DAN universiti berhak mengubah syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Syarat Kelayakan Pemohon Luar Negara

  • Keperluan akademik am untuk kemasukan ke program sarjana Ijazah IIUM adalah: Sekurang-kurangnya tiga (3) pas utama dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan ‘Tahap Lanjutan’ (GCE) ‘A’ Peperiksaan (Sistem Pendidikan Inggeris) yang diperolehi dalam satu persidangan

ATAU

  • Lulusan International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya enam (6) subjek yang diperolehi dalam satu sesi

ATAU

  • Mana-mana kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti sebagai bersamaan dengan kelulusa di atas

Syarat Kelayakan Lulusan Asasi UIAM

Klik disini untuk semakan CGPA mengikut fakulti pengajian yang dipohon.

Senarai Program Pengajian yang Ditawarkan

Semua program pengajian yang ditawarkan, boleh disemak dengan klik pada pautan berikut :

Program yang ditawarkan KLIK DISINI

Cara Memohon

Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan, sila KLIK DISINI, daftar akaun dan ikut arahan yang telah ditetapkan. Untuk permohonan ke UIAM, tidak perlu membeli no pin dan sebagainya, Terus sahaja buat permohonan jika memenuhi syarat kelayakan am dan khas kursus yang dipohon.

Untuk universiti yang lain, kami akan kemaskini apabila ianya dibuka kelak. Terus rujuk di laman kami atau ikuti kami di Facebook supaya tidak terlepas sebarang info menarik lain.

Sumber – afterschool

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad