Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Permohonan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir & Jordan) untuk Lepasan STAM & SPM

Memandangkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah diumumkan pada baru-baru ini, kami juga ada berita baik untuk anda. Sekiranya anda lepasan STAM dan SPM yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi 2018/2019, anda boleh mula membuat permohonan secara atas talian melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah pun dibuka pada 17 Januari 2018 (Rabu) bermula jam 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 2 Februari 2018 jam 5.00 petang.

Manakala permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut dibuka pada 17 Januari 2018 (Rabu) jam 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 29 Mac 2018 iaitu selepas keputusan SPM diumumkan.

Untuk makluman anda juga, permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah melalui KPT ini hanya ditawarkan dalam bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi sahaja. Untuk menyemak syarat kelayakan dan info mengenai tawaran sila klik senarai dibawah :

Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi mengingatkan kepada pelajar yang ingin menggunakan khidmat agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah, sebarang masalah yang timbul kelak adalah atas tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri kerana KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Untuk keselamatan pelajar di sana kelak, anda boleh membuat permohonan melalui KPT.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Education MalaysiaJabatan Pendidikan TinggiKementerian Pendidikan TinggiAras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6Presint 5, 62200 Putrajaya.No. Tel : 03-8870 6627 / 6226 No. Faks : 03-8870 6853.

Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.myFb : Education Malaysia Division

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad