Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM terima Penganugerahan Antarabangsa: Emerald’s High Usage Award – Ranking No. 1 bagi 6 tahun berturut-turut

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM terima Penganugerahan Antarabangsa: Emerald’s High Usage Award - Ranking No. 1 bagi 6 tahun berturut-turut

Universiti Teknologi MARA sekali lagi telah mengukir namanya di peta dunia dengan penganugerahan Emerald’s High Usage Award – ranking No 1 dengan lebih 1,056,193 artikel dimuat turun pada  2016. Anugerah ini diberikan oleh pihak Emerald di atas kejayaan UiTM menjadi institusi yang terbanyak memuat turun artikel teks penuh dalam pangkalan data Emerald.

UiTM menerima anugerah tersebut daripada Emerald Group Publishing Limited, penerbit terkemuka di dunia pengurusan penyelidikan , dengan menggunakan lebih banyak jurnal Emerald daripada 3000 universiti yang lain di seluruh dunia. 

Penganjuran Emerald’s High Usage Award yang telah memasuki tahun ke-enam penganugerahannya adalah bertujuan untuk meraikan hubungan Emerald dengan pelanggannya serta bagi mengiktiraf kandungan jurnal Emerald yang berkualiti tinggi dan meliputi pelbagai subjek termasuk Business and Management, Marketing, Library Studies, Education Studies, Engineering, Business Finance and Accounting dan Communication Studies.

Pada tahun 2016, UiTM telah dianugerahkan Emerald’s High Usage Award bagi tahun ke-enam berturut-turut dengan jumlah muat turun sebanyak 1,056,193 teks penuh. Tempat kedua dimenangi oleh The Egyptian Knowledge Bank (EKB) Data Centre dengan jumlah muat turun sebanyak 440,000 manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Universiti Utara Malaysia dengan jumlah muat turun sebanyak 300,000 muat turun teks penuh.

Beberapa institusi lain seperti Universitas Trisakti (kedudukan ke-sembilan), Universitas Gadjah Mada (kedudukan ke-lima belas) dan University of the West of England pada kedudukan ke-tujuh belas turut tersenarai dalam 20 institusi tertinggi seluruh dunia dalam memuat turun artikel teks penuh pangkalan data Emerald bagi tahun 2016.

Anugerah ini merupakan hasil kerjasama semua pihak terutamanya Perpustakaan Tun Abdul Razak, para penyelidik, kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan semua pelajar yang menjadikan E-Jurnal dan E-book yang terdapat dalam pangkalan data Emerald sebagai rujukan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti Teknologi MARA.

Berikut merupakan statistik muat turun bagi enam tahun berturut-turut UiTM dianugerahkan Emerald’s High Usage Award.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE