HAPPY NEW YEAR PROMOTION!
— Made in UiTM (@madeinuitm) January 1, 2019
Get RM 10 Off For Your UiTM Sweater
Enter Coupon Code : HNY19
Hurry! Limited For 30 pcs Only
Visit https://t.co/HqVMTHITBq to find out more. pic.twitter.com/Q269PjntBC
KUALA LUMPUR: Seramai 443,883 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan menduduki peperiksaan itu mulai 6 November ini hingga 4 Disember depan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) di sini hari ini, sebanyak 3,363 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon atau 87 peratus membabitkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (8,461 calon); sekolah menengah agama negeri (8,346 calon); sekolah menengah agama rakyat (1,976 calon); sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (14,883 calon) dan persendirian (23,886 calon).
Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon supaya merujuk kepada jadual waktu peperiksaan bagi maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
Seramai 35,341 petugas peperiksaan sudah dilantik bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancar.
Menurut kenyataan itu lagi, jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.
Setiap calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.
Sumber asal – Berita Harian
UITM ORIGINAL SERIES-REDUiTM Sweater Original Series – Classic Red are uniquely crafted using a screen-print technique…
Posted by Made In UiTM on Monday, 16 October 2017
Zip Up Hoodie. Now comes with more colors. Perfect for Convocation gift ! Register & get 10% off for every item purchased when you register at https://t.co/VXeEKdI1qO pic.twitter.com/XQM2sBDLSi
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 17, 2018