Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

‘Pengalaman membina kerjaya aku.’

Kadang-kadang bosan cerita pasal jodoh ni kan. Now aku rasa aku nak share pasal kerja pula. Pengalaman membina kerjaya. Acah-acah.

Aku graduan ijazah. Grad 2014. Aku pernah terbaca, 1st year after grad memang cabaran untuk cari kerja tetap. Same goes dengan hal aku. Aku grad Jun 2014, tiga bulan menganggur. Bulan September aku masuk kerja tempat kawan baik aku. Company construction. Memang best sebab kerja dengan kawan baik. Bos pula selalu kat site. Tapi tak lama aku kerja kat situ, sebab umum mengetahui, kerja dengan syarikat mcm ni, selalu kena siapkan tender. So beberapa kali kami kena stayback sampai 2 3 pagi siapkan tender. So aku rasa tak boleh ni. Aku chaw Mac 2015.

Sebulan aku mencuba berniaga, bukak booth. Jadi bos la senang cerita. Seronok. Nak bukak tutup kedai sesuka hati pun tak kisah. Tapi akibat kekangan modal, aku tahu aku tak boleh pergi jauh. Cari kerja balik.

1 April, aku start kerja syarikat Cina. Admin Clerk. Normalnya, kita akan terbayang (aku la yang bayangkan) ada satu meja khas untuk aku. Aku nak letak gambar2 family kawan etc kat atas partition. Sama macam aku praktikal dulu. Yes! Aku memang dapat meja. Panjang. Siap ada pokok bunga. Meja receptionist! (No. Jgn salah faham k?)

Then bermula la tugas aku. Tukang angkat phone call, tekan extension number, siram pokok bunga, kadang2 kena jadi guard bukak pagar sebab guard pegi ngulor (kuajo), cari quotation, handle supplier water dispenser tu dan tidak ketinggalan jadi tea-lady. Multi tasking betul aku kan? (Aku sedang tepuk bahu ni). Aku just enjoy kerja aku, kadang2 time siram pokok tu, aku bercakap dengan pokok, ‘Minum air ni tau. Tumbuh sihat-sihat’ Kadang rasa aku ni gila ke apa? Tapi tu lecturer aku ajar, pokok ni pun makhluk Allah juga. Korang pun boleh. Dan ingat, setiap kali pijak rumput tu, rasa bersalah sikit k!

Tak lama lepas aku masuk, dua orang staff masuk. Sorang diploma, sorang SPM. Cantik. Jauh nak banding dengan aku. Buat kerja yang sebijik macam aku buat. Yang ni aku malas nak cakap panjang. Takut orang salah tafsir. So hari-hari yang aku lalui, macam biasa. Cuma kadang-kadang rasa macam sampai bila la aku macam ni? Bukan tak bersyukur, tapi aku tahu bukan ni yang aku nak. Bukan passion aku.

Tak lama lepas tu, macam2 ujian datang. Biasalah company Cina ni, kadang2 dorang ada upacara khas utk dorang sembahyang. Yang paling best, bila kami kena in charge preparation tu. Lepas tu, jadi tea lady ni, kadang2 dorang makan entah apa2, aku yang kena basuh. Banyak yang syubhah. So faham kan maksud aku? Lepas jadi mcm ni, aku terus doa, untuk Allah bagi aku satu kerja yang bersih, yang takde unsur syubhah. Papp! Aku dapat! Notis berhenti company skrg, kena 2 bulan notis/sebulan gaji. Aku ada dua pilihan, nak chaw je ke (mcm kawan2 aku yang lain) atau nak bayar gaji sebulan. So aku decide, bayar gaji sebulan. Sebab bagi aku, kalau kita masuk cara baik, keluar pun kena cara yang baik. Plus, aku tak suka hidup diselubungi rasa bersalah. So aku hantar surat resign, dan aku cakap kat bos, gaji aku bulan ni, tak payah bayar. Anggap sebagai ganti rugi. Tuptup! Bos aku kata, sebab aku dh banyak tolong company dia esp pasal GST, so dia terima surat berhenti aku plus dia akan bayar gaji macam biasa. U know what, sampai la ke hari terakhir aku kerja, dia bayar gaji aku, siap potong epf lagi.

Alhamdulillah. So bear in mind, kita masuk company tu cara baik, keluar cara baik. Sebenarnya aku just nak share cerita ni sebab aku dah jumpa, ramai anak-anak Melayu kerja dengan Cina, kalau benci, terus chaw mcm tu je. Tanpa cakap apa2. Please stop doing that.

Sebab apa?
1) Kita bawa nama baik Islam, Melayu.
2) Jangan menyusahkan orang lain, bos kau tak susah, team kau yang susah sebab nak selesaikan kerja kau
3) Tanpa kita tahu, sebab dorang ada sejarah mcm ni la, ramai graduan yang menganggur. Sebab kita, dorang serik nak amik Melayu. Always think about cause and effect. Sebab dan akibat.

Lagi satu, kepada yang di luar sana, yang masih tercari-cari kerja yang lebih baik. Teruskan usaha. Yang penting, niatkan kenapa perlunya kita keluar dari situ dan dapat yang lebih baik. Dan semoga setelah dapat yang lebih baik itu, menjadi sebab untuk kita lebih bersyukur dan lebih taat kepada Dia. Aku berpesan kepada diri dan semua.

Bersangka baik dengan Tuhan. Hidup tak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Suram malam tak berbintang. Itulah lukisan alam. (Ini lirik lagu)

Sumber – Jard

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad