Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Penemuan Saintifik Teragung Abad ini: Bekas Pensyarah UiTM Bantu Bukti Teori Albert Einstein.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi MARA menjadi antara sekumpulan saintis antarabangsa yang membantu membuktikan teori Albert Einstein gelombang graviti. ‘Penemuan saintifik teragung abad ini’ itu adalah yang pertama dalam sejarah dimana ledingan ruang-masa (warping of space-time) dapat dikesan, disebabkan oleh perlanggaran dua lubang hitam yang besar seperti yang diramalkan pada tahun 1915 dalam Teori Relativiti Einstein.

Hafizah Noor Isa, daripada Machang, Kelantan, bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka dan kini menjalankan PhD di University of Glasgow, adalah antara penyelidik yang bekerja dalam projek yang diketuai oleh Laser Interferometer Gravitational-wave Observatory (LIGO) di Amerika Syarikat dan telah bertanggungjawab dalam penulisan kertas mengenai ‘Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger‘ yang menjadi tajuk utama kebanyakan akhbar anatarabangsa pada 2016.

Penemuan Saintifik Teragung
Sumber : The New York Times

Teori ini berjaya mengesan gelombang graviti dari penggabungan dua lubang hitam di angkasa lepas. Penemuan ini telah dinobatkan sebagai satu kemenangan dalam dunia fizik, kerana akhirnya telah berjaya mengesahkan faktor utama di dalam hujah yang membentuk Teori Relativiti Einstein.

Gelombang graviti yang tercipta 1.3 bilion tahun cahaya dari Bumi itu, telah mengesahkan bahawa alam semesta terhasil daripada kejadian “Big Bang“, dan akan memberi gambaran secara terperinci dan lebih mendalam tentang bagaimana “Big Bang” pada asalnya boleh terhasil.

BACA : PELAJAR UITM CIPTA APLIKASI MUDAH BELAJAR SUBJEK KIMIA

Dalam perkembangan lain, ahli fizik British, Stephen Hawking meraikan dan memuji para penyelidik di atas usaha mereka dengan berkongsi kegembiraannya mendengar berita yang bersejarah yang dianggap sebagai “the holy grail of science”

” Hasil daripada penemuan ini mengesahkan beberapa ramalan yang sangat penting dalam Teori Relativiti Einstein. Ia mengesahkan kewujudan gelombang graviti secara langsung. “Gelombang graviti adalah cara yang sama sekali baru dalam pentafsiran manusia terhadap alam semesta. Keupayaan untuk mengesan mereka mempunyai potensi untuk merevolusikan astronomi, “Hawking kepada BBC dalam satu wawancara.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad