Pelajar UiTM Cipta Aplikasi Mudah Belajar Subjek Kimia

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Pelajar UiTM

RainChemPro adalah aplikasi pembelajaran asas kimia interaktif yang direka bagi menyemai minat generasi muda dalam pembelajaran subjek Kimia.  Fokus utama adalah bagi kegunaan pelajar-pelajar sekolah menengah dan mahasiswa.

Direka oleh pelajar Sarjana Muda Sains Kimia Gunaan (Kepujian) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Muhamad Azrin Sajahan, aplikasi kreatif ini telah meraih beberapa anugerah dalam pelbagai pertandingan termasuklah

Johan Pertandingan Inovasi dalam Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Kebangsaan 2015 (FESTASI) dan Pingat Emas di Pertandingan Invention, Innovation and Design on E-Learning (NUCEL) juga pada peringkat kebangsaan.

Pada masa kini, RainChemPro mengandungi modul-modul penting dalam asas pembelajaran kimia seperti asid dan bes, persamaan kimia, jadual berkala, serta konsep mol dan unit penukaran. Terdapat juga modul permainan jadual berkala, kuiz kimia  dan jadual berkala pantas.

Aplikasi yang inovatif ini telah diselia oleh penasihat beliau, Prof Madya Borhanuddin Arifin serta mendapat sokongan sepenuhnya warga Fakulti Sains Gunaan.  Proses pengumpulan data, reka bentuk dan pemprograman telahpun bermula sejak Mac 2014 dan telah siap pada pertengahan tahun 2015.

Mengikut Muhamad Azrin, aplikasi RainChemPro akan sentiasa diubah suai dan ditambah baik dari semasa ke semasa.  Beliau bercadang mengadakan aplikasi ini dalam dwibahasa dan dikomersilkan dalam bentuk pek pintar yang terdiri daripada aplikasi, tutorial dalam bentuk video, nota poket serta buku garis panduan interaktif.

Sumber : UiTM News Hub

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE