Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Guru Malaysia Menang Anugerah Kecemerlangan Peringkat Antarabangsa di Paris

Bangsa yang maju adalah bangsa yang berkualiti pendidikannya. Hal ini kerana pendidikan merupakan kayu ukur bagi menentu kepada kemajuan serta kualiti sesebuah bangsa dan Negara. Kerana pendidikan merupakan sesuatu yang sangat vital bagi pembentukan karakter sebuah peradaban dan kemajuan yang mengiringinya. Kerana itu, tanpa pendidikan yang mencukupi dan sempurna, masyarakat akan kebelakang dan kurang mendapat tempat dalam kemodenan serta kemajuan di dunia.

Guru bukan sahaja mengajar subjek tertentu di dalam kelas bahkan mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Mereka juga merupakan fasilitator yang melayan, membimbing, membina dan mengusung murid sebagai klien mereka bagi menuju ke gerbang kejayaan. Kemuliaan institusi pendidikan dan ‘kemenjadian’ pelajar bergantung kepada guru itu sendiri. Kerana itulah guru dituntut agar profesional dalam menjalankan amanah mereka sebagai pendidik.

Baru-baru ini seorang guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Mohd Sirhajwan Idek, 29, mencipta sejarah apabila menjuarai Anugerah Kecemerlangan Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa sempena Persidangan Keusahawanan dan Inovasi Eropah di Novancia Business School, Paris.

Pendidik kelahiran Kota Belud, Sabah itu menewaskan 10 pesaing pada pertandingan akhir, meninggalkan Dmitry Shaytan dari Russia di tempat kedua, manakala tempat ketiga dikongsi bersama Cindy Gilbert dari Amerika Syarikat (AS) dan David Gibson dari United Kingdom (UK), laporan News Strait Times

Selain Mohd Sirhajwan yang juga wakil tunggal Asia berada dalam senarai 10 finalis, guru lain adalah dari AS, UK, Russia, Jerman, Kanada, Denmark dan Colombia.

Masing-masing membentangkan kajian semalam dan kelmarin.

Anugerah berkenaan menilai 29 penyertaan terbaik dari seluruh dunia sebelum 15 diundang menghantar penyertaan penuh bagi memilih 10 terbaik.

Program bertaraf antarabangsa itu anjuran Academic Conferences and Publishing International Limited (ACPI), organisasi berpangkalan di London yang mengendalikan perhimpunan penyelidik akademik antarabangsa dan menggalakkan penyelidikan akademik cemerlang melalui penerbitan.

Dalam pada itu, Sirhajwan berkata, inovasi dihasilkannya adalah projek berasaskan pembelajaran untuk menggalakkan pelajar menceburi inovasi dan keusahawanan.

“Saya menggunakan konsep Pembelajaran Berasaskan Projek untuk pelajar membangun dan melaksanakan idea projek mereka yang membolehkan mereka meneroka inovasi dan keusahawanan. Saya berjaya melepasi pusingan pertama, pusingan kedua dan 10 finalis dan akhirnya, Top 3 sebelum diisytiharkan sebagai pemenang.

Kejayaan itu melayakkannya menerima sijil dan keahlian International Society for Professional Innovation Management (ISPIM) selama setahun, sekali gus dapat menyertai program organisasi itu di Melbourne, Australia dan Boston, AS dalam tempoh berkenaan.

“Saya berasa sangat gembira kerana ini adalah persaingan antarabangsa. Ia menunjukkan bahawa tidak kira di mana anda datang, atau siapa anda, tiada apa yang dapat menghalang anda daripada merealisasikan impian anda dan menakluk dunia, “tambahnya.

Guru dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah, sebelum ini telah memenangi tiga anugerah pengajaran antarabangsa – the Macmillan Teachers at My Heart pada 2016, Express Publishing IATEFL Scholarship pada tahun 2017 dan Anugerah Ikon Guru Kebangsaan tahun ini. Beliau juga merupakan salah satu daripada 50 peserta akhir Terbaik untuk Hadiah Guru Global 2017.

Beliau mendedikasikan kejayaan itu kepada ayahnya, Idek Asal dan ibu, Bintek Abdul Rahman serta semua ahli keluarga yang memberi dorongan.

“Alhamdulillah kejayaan ini hadir pada 1 Muharram 1439 Hijrah, tahun yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Ia permulaan baik bagi saya untuk berhijrah melakukan lebih baik demi agama, negara dan bangsa saya (Bajau),” katanya kepada BH, hari ini.

Ini kejayaan keempat Mohd Sirhajwan di peringkat global sepanjang tahun ini dan tahun lalu.

Tiga lagi anugerah diraihnya adalah biasiswa ‘Macmillan English’ anjuran Macmillan Education Teachers at the Heart di UK pada 2016, biasiswa International Association of Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL) kategori Express Publishing 2017 dan antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2017.

Sumber – Berita Harian, News Strait Time

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad