Nota Editor: Susulan daripada artikel beliau yang mendapat perkongsian dan komentari ramai orang di laman sosial Facebook (Daripada Pelajar ‘Straight A’ SPM ke Pelajar Tercorot Universiti di Russia, Kisah Bekas Doktor Yang Kini Ejen Takaful), Faiz Najmi sekali tampil dengan satu lagi artikel menjawab komentari.
Aku akan olah sikit berkenaan perbualan hangat di sekitar confession yg aku tulis tempohari. Ya, pos itu berjaya menimbulkan perdebatan dalam forum cikgu, forum pendidik, blog terkenal, forum berbahasa cina dan macam-macam manusia termasuk tuduhan berat berkenaan pembaziran cukai. Aku akan pilih komentari yg selalu keluar dalam perbincangan ini.
“Tujuan penulis menulis ni nak berlagak je, bukan inspirasi pun”
Aku dah tak larat memberi inspirasi. Inspirasi adalah kerja tahun-tahun lepas. Tujuan aku menulis adalah untuk pemberdayaan (empowerment), supaya orang boleh ambil tindakan (take action). Bukan aku mahu pelajar meninggalkan SPM atau tinggalkan pekerjaan sekarang serta merta untuk berbisnes. TIDAK.
Tak semestinya jadi agen takaful macam aku, buatlah apa pekerjaan yang kau nak. Aku buat bisnes takaful kerana ia antara bisnes yg berisiko paling rendah. Aku mahu sekalian manusia merancang sekurang-kurangnya 5 tahun ke hadapan, letakkan matlamat yg jelas, atur strategi dan AMBIL TINDAKAN. Itu adalah empowerment.
Orang yang tiada matlamat hidup jelas – masuk kerja lambat, selalu ponteng kerja ambil EL/MC, curi tulang, kerja cincai, kerja banyak salah, kerja macam tak mau kerja, muka masam semacam. Hari-hari kau boleh jumpa orang macam ni.
“Kalau tak minat jadi doktor, baik bagi biasiswa MARA pada mereka yang lebih minat.”
Aku memang minat nak jadi doktor pun. Belajar habis on time (ada pelajar yg gagal habis on time). Menunaikan kewajipan compulsory service selama 4 tahun, termasuk bekerja di Sabah (ada mereka yg setahun dua servis pun tak lepas). Sampai sekarang minat tu masih ada. Perlu diingatkan lebih 30% doktor dalam setiap batch akan keluar daripada perkhidmatan kerajaan. Masalah brain drain ini bukan kali pertama berlaku.
Kalau ikut logik mereka yg dapat tajaan kerajaan perlu berkerja sebagai doktor kerajaan selama-lamanya – maka golongan yg berhenti kerja buat GP, permanent locum, private practice, kerja di luar negara dan menyertai bisnes lain pun perlu dikecam juga. Bukan doktor saja dikecam, jurutera, akauntan, saintis yg bertukar bidang semua pun sama perlu dihukum. Termasuk negarawan terulung Tun Mahathir dan angkasawan negara Sheikh Muszaphar.
Minat jadi doktor itu bersifat dinamik. Minat semasa usia 17 tahun dengan realiti minat sebenar ketika usia 30 tahun tentunya berbeza. Samalah kalau cakap tentang prioriti, bujang masih belajar vs kerjaya berkeluarga banyak komitmen. Takkan pendidik yg bijak pandai pun tak boleh faham dinamika perkara sebegini kot?
“Cara kau ni merugikan taxpayer’s money”.
Malaysian doctors are heavily overworked and very much underpaid by estimated RM5,000 per month (according to private hospital rates). Taxpayors got their money’s worth when I served four years in government public hospitals. And I pay my taxes during my years as a doctor.And
And i pay even more taxes & contributions doing business.Pembaziran cukai tidak berlaku di sini. Ia berlaku apabila netizen sambil makan karipap sambil bukak facebook semasa waktu bekerja dan membuat komentari panjang tentang pilihan peribadi hidup orang lain.
Pembaziran cukai tidak berlaku di sini. Ia berlaku apabila netizen sambil makan karipap sambil bukak facebook semasa waktu bekerja dan membuat komentari panjang tentang pilihan peribadi hidup orang lain.Guys, tujuan utama penulisan tu ialah bersikap pengenalan (introduction) sebab lama dah aku tak memperkenalkan diri pada mereka yg baru mengenali aku. Pada masa yg sama aku masukkan elemen SPM disebabkan timing sekarang cakap pasal keputusan SPM, serta perjalanan pendidikan dan kerjaya.
Semua orang boleh tulis dan menceritakan benda yg sama. Aku cadangkan, kau pun tulislah perkara yg sama macam aku tulis, berkenaan diri sendiri daripada keputusan SPM, sambung belajar, mula kerja, bekerjaya macamana, kahwin macamana semua tu. Baru kau boleh fahami dinamika kehidupan bagaimana.
Guys, tujuan utama penulisan tu ialah bersikap pengenalan (introduction) sebab lama dah aku tak memperkenalkan diri pada mereka yg baru mengenali aku. Pada masa yg sama aku masukkan elemen SPM disebabkan timing sekarang cakap pasal keputusan SPM, serta perjalanan pendidikan dan kerjaya. Semua orang boleh tulis dan menceritakan benda yg sama. Aku cadangkan, kau pun tulislah perkara yg sama macam aku tulis, berkenaan diri sendiri daripada keputusan SPM, sambung belajar, mula kerja, bekerjaya macamana, kahwin macamana semua tu. Baru kau boleh fahami dinamika kehidupan bagaimana.
Guys, tujuan utama penulisan tu ialah bersikap pengenalan (introduction) sebab lama dah aku tak memperkenalkan diri pada mereka yg baru mengenali aku. Pada masa yg sama aku masukkan elemen SPM disebabkan timing sekarang cakap pasal keputusan SPM, serta perjalanan pendidikan dan kerjaya. Semua orang boleh tulis dan menceritakan benda yg sama. Aku cadangkan, kau pun tulislah perkara yg sama macam aku tulis, berkenaan diri sendiri daripada keputusan SPM, sambung belajar, mula kerja, bekerjaya macamana, kahwin macamana semua tu. Baru kau boleh fahami dinamika kehidupan bagaimana.
Reflect on your life choices. If you are happy where you are, then I am happy for you too. If you are not happy, found yourself in a dead end cold vacuum where happiness is being sucked rigorously, then my post is to EMPOWER you to THINK – visualize yourself for the next 5-10 years, strategize well and TAKE ACTION.Aku hanya ingin MEMPERKASA WAWASAN & PEMIKIRAN STRATEGIK. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa yg baik daripada Allah, yg buruk daripada diri saya sendiri.
Aku hanya ingin MEMPERKASA WAWASAN & PEMIKIRAN STRATEGIK. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa yg baik daripada Allah, yg buruk daripada diri saya sendiri.