Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Program Pengajian Asasi/Diploma/Ijazah Universiti Awam yang Ditawarkan Kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Ramai yang keliru mengenai kelayakan permohonan di universiti awam terutamanya melibatkan status bumiputera dan non bumiputera. Menerusi artikel ini kami akan huraikan segala kekeliruan tersebut. Walau bagaimanapun, suka kami tekankan bahawa jangan ada timbul isu perkauman disini. Info yang kami kongsikan ini hanyalah untuk pastikan anda tidak salah membuat permohonan. Sebelum meneruskan perkongsian, terlebih dahulu kami kongsikan siapakah yang berada dibawah kategori bumiputera. Jika anda tidak tersenarai dalam senarai kategori bumiputera ini, bermaksud anda adalah non-bumiputera.

KATEGORI BUMIPUTERA

  • Melayu
  • Keturunan Bumiputera Siam
  • Anak Negeri Sabah
  • Anak Negeri Sarawak
  • Orang Asli Semenanjung

PROGRAM PENGAJIAN UNIVERSITI AWAM YANG HANYA LAYAK DIPOHON BUMIPUTERA

  • Semua program pengajian asasi/diploma di UiTM
  • Asasi UIAM
  • Asasi Sains UM
  • Asasi UNIMAS
  • Asasi UMS
  • Asasi UniSZA

PROGRAM PENGAJIAN YANG LAYAK DIPOHON OLEH SEMUA BUMIPUTERA & BUKAN BUMIPUTERA

  • Asasi Pengajian Islam UM
  • Asasi dan Diploma UPM
  • Asasi dan Diploma UPNM
  • Tahmidi USIM
  • Asasi UKM
  • Asasi UUM
  • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA
  • Diploma Politeknik Premier

Diharapkan dengan perkongsian ini, merungkaikan kekeliruan anda dan sebagai persediaan juga bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Syarat kelayakan berkenaan boleh dijadikan panduan untuk skor dalam SPM nanti. Kepada anda lepasan STPM, MATRIKULASI, ASASI, STAM yang ingin memohon melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti awam, semua universiti awam menerima bumiputera dan non-bumiputera layak memohon melainkan UiTM sahaja yang hanya menerima BUMIPUTERA SAHAJA.

 Sumber – afterschool

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad