Teach for Malaysia adalah satu initiatif yang diwujudkan oleh Pihak Yayasan Teach For Malaysia dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekrut, memilih dan melatih graduan terpilih dan menempatkan mereka mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara. Menariknya hanya graduan BUKAN pendidikan sahaja yang layak untuk memohon!
Jika anda sebelum ini berminat untuk menjadi guru, impian itu tidak akan terkubur begitu sahaja apabila kursus DPLI dan KPLI dimansuhkan. Inilah salah satu peluang untuk merealisasikan impian tersebut Sekiranya terpilih, anda akan menjadi Felo Teach for Malaysia dan bakal mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Malaysia selama tempoh dua (2) tahun secara sepenuh masa.
Selepas tamatnya tempoh perkhidmatan selama dua (2) tahun ini, Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi dalam dan luar bilik darjah yang merupakan sebahagian daripada gerakan Alumni TFM. Dengan pengalaman yang diperolehi juga, anda boleh memohon bekerja di mana-mana sekolah swasta dan antarabangsa di negara ini.
Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang menerima tawaran bagi Program TFM ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa pemilihan seperti berikut:
- Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
- Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama tempoh satu (1) minggu
- Memenuhi Latihan Pra-Perkhidmatan Program TFM
Made from real passion! Be proud of what you're made of. Get yours now at https://t.co/W2FAwFep4V or visit https://t.co/VXeEKdqq2e pic.twitter.com/YZHgcbzepo
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017
KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN
Krtieria-kriteria asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktorat di dalam mana-mana bidang (KECUALI ijazah yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Bachelor of Education, Bachelor of TESL dan lain-lain)
- Tidak memegang sebarang ikhtisas pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
- Memperolehi minimum “Kredit” bagi subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Memperolehi minimum CGPA 3.00/4.00 atau “Second Class Upper“
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- 30 November 2017
- Tarikh tutup bagi permohonan Felo Program TFM adalah pada 30 November 2017 (Tarikh ini dimaklumkan oleh pihak KPM tetapi jika dilihat di laman rasmi Teach For Malaysia.. Walau bagaimanapun, dinasihatkan untuk memohon lebih awal. Sebarang pertanyaan tentang Program Teach For Malaysia boleh diajukan melalui emel di recruitment@teachformalaysia.org. Calon yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dihubungi melalui emel oleh pihak YTFM.
CARA PERMOHONAN
- Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM). Permohonan boleh dilakukan di laman Teach For Malaysia
- Untuk ketahui lebih mengenai program Teach For Malaysia sila klik sini
Sumber – afterschool.my
Cherish this moment with friends! Buy at least a pair and enjoy flat rate price of RM80/pcs!!
Grab yours now!https://t.co/W2FAwFep4V pic.twitter.com/rfNFicA47Z
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 25, 2017