Pasti ramai yang pening kepala dengan hutang PTPTPN yang menunggu masa untuk di blacklist atau di panggil oleh pihak makhamah. Maklum sahajalah, lepasan graduan sekarang pun ada di antaranya yang masih menganggur, ada pula yang telah berkahwin terutamanya perempuan, maka bergantung kepada suamilah untuk membayar pinjaman itu dan pelbagai macam lagi masalah. Kalau hendak masukkan semua masalah anda dalam artikel ini boleh putus jari admin hendak menaip.
Jangan risau, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Untuk masalah ini, caranya adalah dengan menstrukturkan semula pinjaman anda!. Tetapi ada risiko yang harus ditanggung. Risikonya akan kami kongsikan diakhir artikel selepas perkongsian bagaimana untuk menstrukturkan semula pinjaman anda.
CARA STRUKTUR PINJAMAN PTPTN
Kaedah penstrukturan semula pinjaman ini sebenarnya bertujuan memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur Jadual Bayaran Balik (JBB) dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.
Untuk makluman anda yang tidah tahu, ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN. Walau bagaimanapun, anda yang ingin membuat penstrukturan WAJIB memenuhi syarat umum kelayakan :
Made from real passion! Be proud of what you're made of. Get yours now at https://t.co/W2FAwFep4V or visit https://t.co/VXeEKdqq2e pic.twitter.com/xhdbCAsqog
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017
Syarat- syarat Umum Permohonan Penstrukturan/ Penjadualan Semula
- Terbuka kepada pembiayaan Ujrah sahaja. Peminjam konvensional boleh memohon penstrukturan/ penjadualan semula semasa permohonan pertukaran Ujrah.
- Berkuatkuasa 1 Julai 2015, bagi permohonan penstrukturan semula, peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, serta kos pelbagai (jika ada) terlebih dahulu seperti kos penguatkuasaan, WPP (sekiranya tidak dijelaskan akan dikira sebagai prinsipal baru), hutang duti setem, hutang takaful dan yuran pemprosesan.
- Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.
- Tiada caj pemprosesan dikenakan bagi penstrukturan/ penjadualan semula pada kali pertama, manakala bagi kali kedua dan seterusnya, caj yang dikenakan adalah seperti berikut:
Kali kedua : RM50
Kali ketiga : RM100
Kali keempat : RM150
Kali kelima dan seterusnya : RM200 - Peminjam yang ingin memohon penstrukturan/penjadualan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN untuk memudahkan rundingan, penjelasan dan penerimaan dokumen tawaran.
- Jumlah pengurangan bayaran setiap bulan minimum dalam anggaran RM50.00 bergantung kepada kemampuan selepas di soal siasat oleh pegawai PTPTN. Jumlah penstrukturan berbeza-beza bagi setiap pemohon.
Register at https://t.co/VXeEKdqq2e and enjoy 10% discount coupon! Hit us up at https://t.co/W2FAwFep4V pic.twitter.com/TLFqckYznv
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017
AKIBAT MEMBUAT PENSTRUKTURAN SEMULA
Sabar dulu, jangan terlalu teruja setiap keputusan semestinya akan ada risikonya. Pertama sekali, seperti mana yang dimaklumkan rekod kewangan anda akan tercalar sedikit akibat penstrukturan ini. Bermakna rekod kewangan anda di Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperlihat ketidakmampuan kewangan anda. Ini mendatangkan masalah jika ingin memohon pinjaman rumah/kereta dan sebagainya daripada pihak bank kelak walaupun anda telah melangsaikan hutang berkenaan. Maka, pihak bank pun tentu sekali bimbang jika mereka meluluskan permohonan pinjaman dan anda akan memohon hal yang sama iaitu menstrukturkan semula pinjaman itu nanti. Jadi fikirlah sebaiknya, bayar bulanan tinggi sedikit atau terima kesan seumur hidup.
Walau bagaimana kami tidak katakan semua bank akan berbuat demikian, tetapi majoritinya begitu. Ianya sebagai langkah berhati-hati dan peringatan sahaja. Jika ketika anda membuat permohonan pinjaman diluluskan walaupun membuat penstrukturan semula, makanya Alhamdulillah, sujud syukur. Jelas semuanya?
Sumber- aftrschool.my/bm