Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Semakan & Permohonan Rayuan bagi Calon yang Tidak Pernah Memohon atau Gagal Ditawarkan ke Matrikulasi

Tahukah anda, bagi pelajar yang tidak pernah membuat permohonan ke Matrikulasi kini boleh melakukan rayuan kemasukan bersama-sama pelajar yang gagal ditawarkan ke Matrikulasi tempoh hari.

Ya! initiatif ini adalah usaha pihak Bahagian Matrikulasi KPM  kerana perihatin dengan kebanyakkan pelajar yang ingin masuk ke Matrikulasi tetapi buntu kerana tidak membuat permohonan sebelum ini. Sebelum kami kongsikan cara permohonan rayuan, eloklah sekiranya kami kongsikan dahulu cara semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi.

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI

Pelajar boleh mula menyemak keputusan pada pukul 12 tengahari, hari ini. Pelajar boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut:

  • Menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang
  • Layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my
  • SMS dengan menaip MOE (jarak) MAT (jarak) NO. KP dan hantar kepada 15888

PERMOHONAN RAYUAN

Jika selepas menyemak anda gagal dalam permohonan, jangan bersedih lagi, anda boleh membuat permohonan rayuan yang dibuka bermula pada hari ini 27 April 2017 hingga 11 Mei 2017. Kami kongsikan 3 cara permohonan rayuan bagi anda yang gagal dalam permohonan atau tidak pernah pun memohon sebelum ini.

Permohonan Rayuan melalui Portal

Cara pertama rayuan boleh dibuat melalui portal permohonan rayuan yang akan dibuka serentak bersama semakan permohonan ke matrikulasi pada hari ini, jam 12 Tengahari. Rayuan melalui portal ini hanya untuk pelajar yang memohon sahaja tetapi gagal ditawarkan ke Matrikulasi. Pelajar yang tidak pernah memohon, boleh gunakan cara permohonan rayuan kedua dan ketiga.

Permohonan Rayuan Terus ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia

Cara kedua adalah dengan memohon rayuan terus ke Bahagian Matrikulasi, KPM bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Anda boleh mengajak ibu bapa masing-masing untuk terus mengemukakan permohonan ke sana. Ini merupakan cara yang paling terbaik untuk mudah diterima masuk. Dokumen yang ada perlu bawa bersama-sama adalah seperti berikut :

  • Salinan Kad pengenalan diri yang telah disahkan
  • Salinan Kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
  • Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
  • Salinan Sijil aktiviti di peringkat negeri/kebangsaan yang telah disahkan sahaja (Kalau peringkat sekolah/daerah tak perlu bawa)
  • Surat rasmi yang menyatakan sebab kenapa memohon rayuan. (contoh sebab gagal dalam permohonan dan berminat sangat untuk masuk ke matrikulasi). Pastikan
  • surat rasmi tersebut mengandungi alamat, nombor telefon dan emel kerana keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui emel dan pos ke alamat anda. (Contoh
  • surat boleh google surat rayuan).

Permohonan rayuan melalui pos

Kepada yang tinggal jauh, jangan bimbang!. Cara ketiga ini sesuai untuk anda. Anda boleh membat permohonan melalui pos. Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan :

  • Salinan kad pengenalan diri yang telah disahkan
  • Salinan kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
  • Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
  • Salinan Sijil aktiviti kokurikulum di peringkat negeri/kebangsaan yang telah disahkan sahaja (Kalau peringkat sekolah/daerah tak perlu bawa)
  • Surat rasmi yang menyatakan sebab kenapa memohon rayuan. (contoh sebab gagal dalam permohonan dan berminat sangat untuk masuk ke matrikulasi). Pastikan
  • surat rasmi tersebut mengandungi alamat, nombor telefon dan emel kerana keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui emel dan pos ke alamat anda.
  • Dokumen yang lengkap, perlu dihantar ke alamat berikut:

Pengarah Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Cara Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi

Selepas membuat rayuan tentulah hendak tahu bila boleh menyemak kan?. Anda boleh mengetahui keputusan rayuan tersebut, bermula 8 Jun 2017 dan pihak Matrikulasi KPM akan menghantar emel kepada yang berjaya dalam permohonan rayuan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat semakan melalui 3 cara berikut:

  • Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang
  • Semakan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my
  • SMS dengan menaip MOE (jarak) MAT (jarak) NO. KP dan hantar kepada 15888

Diharapkan dengan perkongsian ini anda jelas dan seakan memberi harapan baru ke dalam hidup para pelajar sebelum ini berduka lara kerana gagal dalam permohonan dan tidak pernah memohon kerana ada masalah penyakit kurang yakin pada kemampuan diri sendiri. Hihi. Apa-apa pun kami ucapkan semoga berjaya dan selamat menempuh alam pengajian tinggi dengan jayanya!. Hargai setiap peluang yang ada kerana tidak semua orang diberikan peluang sebegitu. Kepada yang berjaya dalam permohonan nanti kami ucapkan tahniah!

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad