Semangat Tak Luntur Walaupun Diperlekeh Keluarga

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Assalamualaikum wbt readers and admin semua. Harap admin dapat publish cerita saya yang tak seberapa sewaktu belajar di UiTM dulu. Sebelum nak mulakan cerita, saya ceritakan sikit biodata saya. Saya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Pemegang Diploma Pengurusan Perladangan (Kuala Pilah) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran (Bandaraya Melaka). Saya dilahirkan bukan dalam kalangan keluarga yang berada atau pun terlalu susah tetapi apa yang saya perasan ketika itu, keluarga saya tidak sama sekali seperti keluarga orang lain yang tutur kata lembut dan supportive. Keluarga saya totally lain, bila mereka marah akan terkeluar kata2 kesat, ungkit semua benda yang diberi dan kadang kala fikiran saya jadi sempit sehingga tak melihat dunia luar tu sebenarnya indah. Saya sejak dari sekolah rendah hingga menengah saya adalah yang paling tercorot dan “bodoh” dalam kalangan keluarga saya.

 

Masih ingat di fikiran saya lagi, pakcik2 dan makcik2 saudara saya semua perlekehkan saya dan nak bandingkan saya dengan anak2 mereka yang dah masuk Universiti dan tengah sekolah di sekolah elit di daerah Jempol sana. Saya rasa tertekan dan hilang pedoman kerana ia mempengaruhi kelarga saya sendiri iaitu ibu dan ayah saya, mereka langsung tak peduli tentang pelajaran saya dan mereka anggap saya seorang yang tiada masa hadapan. Sehingga tahun menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) , waktu tu saya tersedar bahawa saya ada kawan2 dan guru2 yang sentiasa support saya walaupun bodoh macam mana sekali pun. Yes, saya berkawan dengan orang yang hebat dan sentiasa ada kata2 semangat untuk terus hidup.

Alhamdulillah selepas SPM saya dapat tawaran ke UiTM untuk program Diploma Pengurusan Perladangan (DPiM) tak silap sayalah sekita itu tahun 2010/2011. Ada satu cerita dimana sebelum masuk di isntitusi pengajian, pelajar harus membuat medical check up di hospital kerajaan/swasta, one day ada ayah dan anak perempuannya membuat medical check up juga, si ayah ni duduk kerusi di sebelah saya, dia lihat saya ada pegang dokumen UiTM (dokumen check list), si ayah Tanya kepada saya

Pakcik: awak dapat masuk UiTM ke?

Saya: Ha ah pakcik, Alhamdulillah rezeki.

Pakcik: ambil kursus apa?

Saya: pengurusan ladang.

Pakcik: oooo, anak pakcik ni dapat bahagian pentadbiran, nanti kerja kat pejabat (sambil tunjuk anak gadisnya pergi ke kaunter hadapan untuk urusan apatah) awak perladangan jaga lembu dan kambing lah.

Saya hanya senyum tak balas apa pun, tak tau apa perasaan nak diluahkan ketika itu, ada rasa geram, ada rasa sedih dan kelakar pun ada.

Saya pun masuk  UiTM kampus kuala Pilah, waktu jadi student di sana saya tiada life dan hopeless, jadi hilang arah pun ada juga time tu. Walaupun kampus tak besar mana dan masih dalam lingkungan boleh “explore” tapi saya sunyi but ada la kawan a few yang jadi peneman saya. Maksud saya, saya tak join apa2 aktiviti atau committee kerana kebiasaannya mereka yg join ni sibuk di hujung minggu, saya setiap hujung minggu balik ke kampong, al maklumlah kampong dekat. Ada suatu masa tu saya rasa nak berhenti belajar ambil jurusan ini, dah tak tahan!! Dulu siapa ambil jurusan Diploma Perladangan ni memang sengsara dengan senior dan pensyarah kerana mereka kasar, ada roll call pagi2 buta dan sepak terajang lah semua ada, tapi point is mereka buat kerana inginkan produk (student) yang berkualiti, takdelah keluar dari UiTM jadi lembik bila kene tempik atau herdik. Dari situ saya mula belajar sesuatu tentang mental dan fizikal. Saya nekad nak berhenti tu membuak-buak sehingga semester 3, saya minta tukar kursus dekat UiTM Shah Alam waktu saya semester 2, saya dapat keputusan sewaktu penghujung semester 3 bahawa saya tak layak sebab subjek English tak memberansangkan. Saya dah putus harapan nak tukar kursus, nekad nak habiskan kursus ni, tetapi saya ada 2 paper repeat, jadinya saya kene extend 1 semester. Semester 7 baru saya boleh menjalani latihan industry. Rasa tak ada gunannya belajar bersungguh-sungguh tapi repeat paper, lepas saya gerenti saya extend paper saya jadi pasif dan jarang bercakap dengan orang, rasa hopeless. Hanya Allah je tahu macam mana perasaan saya ketika itu. At last ada kawan saya ni bagi kata2 semngat dan hikmah jugak lah “man jadda wa jadda” maksudnya apa yang kamu kerjakan, kamu layak mendapat hasilnya apa yang kamu kerjakan, itulah yang di kata kepada saya dan benda tu paling saya pegang sehingga sekarang. Rasa terlalu ikutkan emosi seolah2 bagai tiada tuhan disisi saya, saya mula insaf dan tekad nak mulakan azam baru (klishe-kan ayat?). Akhirnya saya mendapat segulung Diploma walaupun CGPA saya tak cecah 3.0 tetap bersyukur, saya percaya Allah beri ujian dan hadiah kepada kita bersebab.

Saya apply untuk next step iaitu Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran. Ramai yang tanya kenapa saya tukar jurusan? Sebab saya minat dan nak keluar dari zon selesa. Ketika batch diploma dulu hanya 2 orang sahaja yang tukar kursus ketika ambil Ijazah, yang lain semua sambung kursus yang sama. Saya rasa bangga kerana saya lain dari yang lain. Hahaha… Semasa menjalani program Ijazah, banyak input saya dapat dan baru saya tahu nilai kehidupan. Ijazah saya di UiTM kampus Bandaraya Melaka one of non-resident kampus di Melaka. Siapa yang asal dari Kampus Bandaraya Melaka dia tahu suasana belajar dan cara penerimaan sangat berbeza, mereka lebih terbuka dan out spoken. Di sini saya mula menjadi one of committee kelab am dan fakulti, dalam kelab ni banyak saya belajar kerana penysarah dan rakan-rakan yang lebih terbuka. Apa yang saya kagum dengan diri saya adalah saya jarang balik kampong bila waktu hujung minggu kerana terikat dengan program yang berlangsung pada waktu itu dan saya join acara larian dan jalanan yang diadakan oleh kerajaan Melaka. Tipulah kalau takde tress dalam program ijazah ni, memang ada tetapi yang membuatkan saya cool down adalah kawan-kawan yang tak kekok bagi kata2 semangat. Akhirnya saya dapat menhabiskan pelajaran saya dalam program Ijazah, bersyukur sangat kerana Allah beri kawan-kawan yang sangat supportive dan minda yang lebih luas. Insya Allah saya akan konvo dengan pointer atas 3.0. bukan nak riak okay, just nak bagi tahu je. Master? Coming soon maybe, saya nak cari pengalaman bekerja dahulu lepastu baru saya nak ambil master. Family saya beransur berubah selepas saya belajar di peringkat Ijazah, well people change.

Rasa ini sahaja cerita pengalaman saya di belajar UiTM dan pengalaman yang tidak sama sekali saya lupakan. Thank you very much to UiTM cause gave me an opportunity. Kalau nak ikutkan SPM sayalah, tak ada satu institute pon nak ambil. Alhamdulillah misi dan visi UiTM capai sasaran untuk membela anak bangsa. Thank you admin.

======================================================================

 

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad