Syarikat Perumahan Negara Berhad & UiTM Jalin Kerjasama Bina Rumah Mampu Milik

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

syarikat

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan menggunakan kepakaran serta kemahiran warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam pembinaan rumah mampu milik.

Pengerusi Kumpulan SPNB, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata kolaborasi awal antara SPNB dan UiTM itu akan menekankan aspek pembangunan produk yang dikeluarkan SPNB.

Katanya, rangka kerja kolaborasi antara kedua-dua pihak itu turut membabitkan aspek perkongsian penyelidikan dan perancangan serta memberi ruang pembelajaran kepada pelajar UiTM di peringkat reka bentuk atau kaedah pembinaan.

“UiTM adalah universiti awam pertama yang bekerjasama dengan SPNB dalam menghasilkan rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah. Dengan adanya kerjasama ini, kita mengharapkan akan ada pengurangan kos dan menjimatkan semua pihak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPNB dan UiTM di sini, hari ini.

UiTM diwakili Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said. Kerjasama itu membabitkan tempoh tiga tahun. Abd Latiff berkata, MoU antara dua pihak itu juga akan menggalak serta membangunkan lagi bidang akademik, kebudayaan, penyelidikan dan pertukaran antara kedua-dua pihak.

“Pembinaan rumah kos rendah adalah inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat mampu memiliki rumah sendiri. Sehubungan itu, UiTM berperanan sebagai rakan strategik dalam merealisasikan agenda nasional ini,” katanya.

 

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

Biasiswa Karangkraf 2017
UiTM di ❤ ku

Biasiswa Karangkraf 2017

Tentang Biasiswa Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE