Tidak Mensia-siakan Peluang Kedua Untuk Tebus kesilapan ketika SPM

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Tidak Mensia-siakan Peluang Kedua Untuk Tebus kesilapan ketika SPM
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang juga penerima Anugerah Naib Canselor, Mohammad Aidil Adha Azizul Rozany (tengah) meraikan kegembiraan bersama ibunya, Zuraida Zakaria (kanan) dan bapa, Azizul Rozany Abdul Aziz (kiri) selepas Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 87 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. – Sumber

Walaupun memperoleh keputusan kurang memuaskan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia bukan alasan bagi graduan ini untuk kembali bangkit menebus kesilapannya yang lalu.

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan, Mohammad Aidil Adha Azizul Rozany, 24, berkata, dia bersyukur menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) dan kini bekerja di syarikat pengauditan dan cukai antarabangsa yang berpusat di Amerika Syarikat.

Menurutnya, dia mengakui dirinya ‘nakal’ dan sering ponteng kelas ketika belajar di sekolah menengah berikutan terlalu taasub dengan permainan video dalam talian.

“Namun, cikgu sejarah saya, Puan Sugarneswary menasihatkan betapa pentingnya untuk saya lulus dalam SPM nanti.

“Kata-katanya itu membuatkan saya berfikir hampir seharian dan mula belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan walaupun keputusan saya hanya sekadar ‘cukup makan’,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-87 di sini, kelmarin.

Kata Mohammad Aidil, dia turut ditawarkan pekerjaan selepas tamat latihan industri di syarikat berkenaan berikutan komitmen yang ditunjukkan selama enam bulan.

“Dalam tempoh enam bulan itu, saya tidak menganggap diri menjalani latihan praktikal, namun terus menunjukkan komitmen kerja yang tinggi.

“Saya menggunakan segala ilmu, kemahiran dan latihan yang diajar pensyarah ketika latihan industri,” kata anak sulung daripada lima beradik berasal dari Gombak, Selangor itu.

Menurutnya yang menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.53, resipi kejayaannya itu hasil perkongsian imu dengan rakan sekuliah lain.

Sumber – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE