Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Tips Biasiswa: Panduan Sebelum dan Semasa Sesi Temuduga Biasiswa

Tips Biasiswa: Panduan Sebelum dan Semasa Sesi Temuduga Biasiswa
Menghadapi temuduga biasiswa sama pentingnya seperti menghadapi temuduga kerja. Temuduga biasiswa menentukan kejayaan anda untuk mendapatkan tajaan biasiswa pilihan dan seterusnya mempengaruhi kehidupan anda dalam tempoh bergelar mahasiswa nanti. Malahan, dengan mendapatkan biasiswa, anda mungkin telah menjamin masa depan kerjaya anda kerana ada penaja biasiswa yang menawarkan kontrak kerja sebaik saja tamat pengajian.
Tidak dinafikan, rasa gemuruh ketika menghadapi sesi temuduga akan menyebabkan calon-calon hilang arah, kelu lidah dan tidak dapat menonjolkan kebolehan diri yang sebenar. Namun, sekiranya anda membuat persedian awal, anda akan dapat menguasai sesi temuduga biasiswa nanti. Berikut adalah beberapa panduan dan tips untuk menghadapi sesi temuduga biasiswa:

Sebelum Temuduga

1. Bersiap-sedia sebaik-baiknya

Fikirkan berkenaan objektif dan tujuan sesi temuduga tersebut dijalankan. Semak semula maklumat-maklumat berkenaan diri anda yang anda telah diberikan kepada pihak penaja semasa membuat permohonan biasiswa. Kemungkinan besar, soalan-soalan yang ditanya akan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah anda berikan. Cipta beberapa soalan yang mungkin ditanya, dan rangka jawapan yang sesuai. Pastikan jawapan yang diberi menonjolkan kebolehan diri anda.

2. Berlatih bersama-sama rakan

Anda mungkin akan menghadiri sesi temuduga biasiswa bersama-sama rakan-rakan anda. Jika ada, perlulah saling berbincang, bertukar-tukar pendapat berkenaan sesi temuduga nanti dan berlatihlah bersama-sama untuk menghaadapi sesi temuduga biasiswa itu. Minta rakan-rakan anda untuk mengesan sebarang kelemahan percakapan anda, seperti kerap mengulang perkataan-perkataan tertentu, frasa ayat yang salah dan tona suara yang tidak sesuai. Perbetulkan sebelum hari temuduga biasiswa anda.


3. Siapkan semua dokumen-dokumen yang perlu

Semasa diberitahu yang anda layak untuk menghadiri sesi temuduga biasiswa, pihak penaja mungkin akan meminta anda untuk membawa beberapa dokumen penting. Jika tidakpun, pastikan anda membawa salinan borang permohonan, surat sokongan dan salinan-salinan asal sijil-sijil yang telah anda hantar. Siapkan semuanya, dan susun dengan baik dalam sebuah fail yang mudah dibelek dan dilihat.

Semasa Temuduga

1. Pakaian yang sesuai

Jagalah penampilan anda ketika menghadiri sesi temuduga biasiswa. Penampilan anda memberi tanggapan pertama kepada para penilai biasiswa. Pakai pakaian yang selesa dan tidak terlalu kasual. Sebaik-baiknya, pakai pakaian formal dan tidak melebihi dua warna. Gabungan putih dan hitam adalah yang terbaik. Sila pakai kasut dan stokin, jangan sekali-kali memakai selipar!


2. Menepati waktu

Berikan tanggapan yang baik terhadap diri anda dengan tiba tepat pada waktunya. Jangan sekali-kali lewat! Rancang perjalanan dengan baik supaya tiba dengan selamat sebelum sesi temuduga biasiswa bermula. Dengan tiba sebelum masanya, anda bukan sahaja memberi tanggapan yang baik, malah memberi anda lebih ruang masa untuk bertenang dan bersedia sebelum berdepan dengan panel-panel penemuduga.

3. Jaga percakapan anda

Apabila ditanya, jawablah dengan ayat penuh dalam nada penuh keyakinan dan tona suara yang sesuai. Elakkan terlalu banyak mengulang perkataan-perkataan celahan seperti ‘hhmm’, ‘eee’ dan ‘lah’. Jika ditanya soalan-soalan tertutup yang memerlukan jawapan ya atau tidak, berikan sedikit penjelasan kepada setiap jawapan yang anda beri. Panel penemuduga mungkin ingin menguji keupayaan anda untuk memberi penjelasan. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami, tidak salah untuk meminta panel penumduga memberi penjelasan atau mengubah struktur soalan. Tetapi, awas, jagan terlalu kerap!


4. Perhatikan bahasa tubuh anda

Postur tubuh, pergerakan mata, senyuman anda, semuanya akan diperhatikan oleh panel penemuduga. Pastikan anda menunjukkan bahasa tubuh yang meyakinkan. Letakkkan kedua-dua tangan anda di atas paha ataupun meja, menunjukkan seolah-olah anda dalam keadaan tenang. Elakkan tangan dari menyentuh muka, menggaru kepala atau menyentuh rambut.

5. Pandangan mata yang betul

Semasa sesi temuduga biasiswa, pastikan mata anda memandang kepada penemuduga. Jika da lebih daripada seorang, pandanglah kepada yang bertanyakan soalan kepada anda. Jangan memandang lantai atau siling semasa mendengar atau bercakap.


6. Beri jawapan yang meyakinkan

Apabila menjawab soalan-soalan penemuduga, huraikan jawapan anda dengan sejelas-jelasnya. Harus diingat, panel penemudugalah yang akan menentukan samaada jawapan anda betul atau salah. Jika penemuduga cuba melakukan provokasi dengan anda, bertenang dan jelaskan sebaik-baiknya kenapa pendapat anda bertentangan dengan beliau. Berikan jawapan-jawapan yang akan menonjolkan kelebihan diri anda. Jika ditanya tentang kelemahan diri anda, jangan mencipta alasan, sebaliknya akui dan tonjolkan kelebihan kita dalam bidang yang lain. Huraikan bagaimana kelebihan tersebut dapat menyembunyikan kelemahan yang ada.

7. Penutup yang baik

Pastikan anda mempunyai penutup yang baik. Panel penemuduga mungkin akan meminta anda untuk menanyakan sebarang soalah kepada mereka. Sebaik-baiknya, anda bersedia dengan satu atau dua soalan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan semasa sesi temuduga, tentang biasiswa yang dimohon atau kemajuan organisasi penaja. Penutup yang baik menunjukkan anda melibatkan diri dengan baik dalam sesi temuduga tersebut. Ucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk menghadiri sesi temuduga. Keluar dari bilik temuduga dengan beradab, jangan terburu-buru dan jangan pula berlengah-lengah.


Selain panduan-panduan di atas, beberapa perkara yang pelu dielakkan adalah:
1. Mengunyah sesuatu
2. Menagih simpati
3. Menguap
4. Melihat pada jam
5. Kelihatan bosan
6. Gelisah berlebih-lebihan

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad