Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

UiTM ambil 250,000 pelajar menjelang 2020

UiTM
Kampus UiTM Puncak Alam

Kerajaan menetapkan pengambilan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada 250,000 menjelang tahun 2020 sebagai sebahagian perancangan melahirkan modal insan bumiputera berkualiti tinggi sekali gus menjayakan hasrat memperkasa ekonomi kaum majoriti itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, serentak dengan peningkatan penetapan pengambilan tersebut, beberapa kampus baharu cawangan UiTM akan dibangunkan di seluruh negara agar dapat menampung penambahan jumlah pelajar seperti yang disasarkan.

“Saya telah menyatakan bahawa kita berhimpun di UiTM hari ini bukan untuk saja-saja, kita berkumpul di sini bukan untuk suka-suka tetapi seperti slogan popular ‘UiTM di hatiku’, maka universiti ini sangat dekat di hati kita sebagai sebuah institusi bumiputera yang cukup membanggakan.

“Pagi ini saya mengumumkan peningkatan pengambilan pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang digariskan melalui lima teras utama di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, di sini hari ini.

Menurut Najib, pada tahun 2005 beliau merupakan pemimpin yang bertanggungjawab mengumumkan supaya pengambilan pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000 menjelang 2015 dan kini berpuas hati apabila pengambilan tersebut sudah mencapai 180,000 orang.

Menyentuh mengapa beliau memilih UiTM sebagai lokasi untuk mengumumkan detik bersejarah dalam usaha kerajaan memperkasakan ekonomi orang Melayu dan bumiputera, Najib berkata, institusi pengajian tinggi tersebut merupakan lambang perjuangan bagi orang Melayu.

UiTM
DATC UiTM Shah Alam

“UiTM ini sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan orang Melayu dan bumiputera yang tiada pernah henti dan syukur kepada Allah kerana kita dapat berkumpul di kampus induk UiTM,” katanya ketika memulakan ucapan kepada kira-kira 5,000 hadirin.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan Mara berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan; pendidikan; keusahawanan; penyelidikan; pembangunan dan inovasi secara berperingkat-peringkat.

Katanya, dana yang berbentuk sepadan dengan nisbah satu kepada satu antara Mara dengan kerajaan itu diilhamkan demi Melayu dan bumiputera selepas kerajaan mendengar segala keluh-kesah, rintihan serta denyut nadi kaum majoriti tersebut sejak kebelakangan ini.

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

1 thought on “UiTM ambil 250,000 pelajar menjelang 2020”

  1. Pingback: UiTM Sedia 3,000 Tempat Untuk Pelajar Cemerlang Gagal Lanjut Pelajaran

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad