Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

UiTM beri peluang kedua kepada lepasan SPM dan STPM

SHAH ALAM 29 Mac – Program Selangkah Ke UiTM: Mendekati Masyarakat memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk merebut peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, UiTM menawarkan peluang kedua kepada sekurang-kurangnya 3,000 calon yang gagal kali pertama untuk memasuki universiti.

“Peluang kedua ini diberikan kepada pelajar di lokasi tertentu dan pada kali ini, daerah Segamat dipilih sebagai lokasi pertama program dan tumpuan diberikan kepada lepasan SPM dan STPM kaum bumiputera.

“Terdapat pelajar yang memperoleh kelayakan akademik yang baik, namun gagal melanjutkan pengajian kerana meritokrasi dan program ini merupakan peluang terbaik bagi mereka untuk me­rebut peluang tersebut,” katanya dalam Program Selangkah Ke UiTM di Dewan Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, di sini semalam.

Pihaknya menyasarkan 200,000 penuntut menjelang tahun 2020 dan hingga kini mempunyai lebih 500 program pe­ngajian, 26 fakulti serta 35 kampus cawangan di seluruh negara.

“Saya percaya penuntut bumiputera mampu cemerlang sama seperti kaum-kaum lain sekiranya diberikan peluang dan UiTM juga menggalas amanah besar dalam memastikan kejayaan mereka.

“Setakat ini sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan program ini bergerak ke beberapa lokasi lain di seluruh negara bagi memberi peluang ke­dua kepada mereka yang gagal ketika permohonan pertama,” katanya.

Sumber – Utusan.com.my

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad